Saturday, March 28, 2015

mak ayah, saya nak kahwin..

mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.

Sunday, December 21, 2014

MENCARI SECEBIS KESABARAN MENANTI KEHADIRAN ZURIAT

PERKONGSIAN DARI SEORANG BLOGGER 

Moga menambahkan lagi kesabaran yang kadang kala sukar untuk dikawal..

Sesiapa pun yang melangkahkan kaki ke alam perkahwinan pasti impikan kehadiran cahaya mata. Tidak siapa pun terlintas untuk tidak mempunyai zuriat yang bakal menjadi penyambung warisan keluarga dan pengutuh kasih sayang di atas cinta yang terjalin.


Pengalamanku yang diijabkabulkan dan disahkan mengandung setelah usia perkahwinan mencecah 10 bulan mungkin tak sama seperti mereka yang menantikan kehadiran cahaya mata bertahun-tahun lamanya. Pelbagai perasaan mula menghukum dan menghimpit diri.

Aku tak nafikan, 10 bulan itu jugalah macam-macam perasaan mendugaku. Tertanya-tanya apakah aku dan Mr Kekasih normal? Tercari cari jawapan apakah kami tidak sehebat yang lain dan kami akhiri setiap persoalan di minda dengan redha atas ketetapan dan rezeki yang ditentukan oleh Illahi. Benar, rezeki anak itu bukan di tangan kita dan tuhan telah menentukannya, kita hanya berusaha dan sabar menanti. Tapi sudah namanya manusia, kesabaran itu adakalanya tipis dan persoalan demi persoalan pula yang menujah minda.

Tak mungkin dilupakan, ketika itu kami sering berdoa tanpa henti, pagi dan malam malah setiap habis solat pasti doa memohon dikurniakan rezeki anak tak pernah lekang dari bibir. Kami memohon agar Allah swt mendengar kesunyian dan impian hati kami untuk dihadiahkan cahaya mata penyambung cinta.

Ada juga terselit di hati kecil apabila di tujah soalan demi soalan oleh keluarga, yang jauh mahupun dekat. Malah ada mulut yang tidak berbedung juga mencalari hati dengan mengatakan kami 'tak power', tak pandai atur langkah, salah pilih hari untuk berasmara, dan kata-kata kurang sopan yang tak sanggup untuk aku paparkan. Apa mereka ingat, merencana anak ini di tangan kita? Percayalah, makan pil viagra setengah kati pun, kalau bukan rezeki itu milik kita belum tentu ia terhasil dek 'skills' dan penangan 'power' yang digembar gemburkan.

Aku cukup terkilan dengan tujahan dan sindiran yang dasarnya untuk bergurau tapi tidak kena pada bicaranya. Ini soal bilik tidur dan harapan sepasang suami isteri, bukan soal siapa lebih hebat di ranjang atau lemah dikamar. 'Kun faya kun', itulah yang tuhan janjikan. Dari jutaan telur yang bertempiaran, belum ada yang layak menjadi juara untuk dijadikan rezeki pasangan tersebut. Maka berhati-hatilah bila berbicara, jangan sampai ada yang terkecil hati dan mendoakan tidak baik pula pada mereka yang bersikap celupar.

Tanpa aku sedar, atas kekuasaan Allah swt inilah aku bangkit, dari sibuk mempelajari 'skills' yang kononnya hebat, dari sibuk menghitung hari untuk 'bersama', aku tukarkan minda dengan persediaan rohani. Aku mula mencari doa-doa yang lebih afdal diamalkan, malah aku sering mendengar kuliah-kuliah agama yang bersangkutan dengan isu cahaya mata. Kali ini, bicara aku adalah untuk didedikasikan buat teman-teman yang tak putus menadah harapan agar impian menjunjung cahaya mata termakbul. Sekadar berkongsi dan mungkin dapat menenangkan jiwa yang sering dalam kekusutan.

(1)
Setiap kali kita bermunajat pada Illahi, kita lihat diri sendiri apakah kita sudah bersedia untuk menggalas setiap tanggungjawab yang bakal hadir dengan kelahiran zuriat? Hidup berdua lebih mudah diuruskan dari hidup bertiga. Hidup berdua lebih banyak membawa kita mengenali apa erti kasih sayang sebelum hadirnya si kecil yang bakal merampas sedikit kemesraan hidup berdua. Mungkin mental fizikal kita telah bersedia namun kewangan masih tidak mengizinkan, atau mungkin kewangan kita telah bersedia namun tanpa kita sedari banyak persediaan mental dan fizikal masih belum stabil. Maka mungkin Allah swt tidak memakbulkan lagi rezeki itu buat kita kerana mahu menguji sejauh mana ketakwaan dan keredhaan kita padaNYA. Biarpun ramai yang mengatakan, anak itu rezeki, ia memang benar!!! namun kita terlupa bahawa kesempitan hidup juga menjadi punca mengapa ramai anak hari ini terabai dan mungkin dengan kehadiran cahaya mata ini hanyalah menjadi seronok buat seketika selebihnya amanah tidak terkendung untuk di bawa ke hari muka. Renungkan teman...

(2)
Setiap kali kita bermohon pada Illahi, kurniakanlah zuriat penyambung warisan, kita terlupa bahawa ia haruslah datang dengan doa bersungguh-sungguh seolah tiada tempat untuk kita mengadu selain dariNYA. Bersihkan diri dengan solat taubat dan redha dengan ketentuan Illahi. Harus kita muhasabah diri, jika rezeki ini belum diizinkan buat kita mungkin Allah swt telah merencanakan sesuatu yang lebih baik dan hebat buat kita di hari depan. Kita tak mampu sangkal kekuasaan Allah swt. Semujarab permintaan adalah berlandaskan doa bersungguh padaNYA. Allah swt suka dan tidak jemu mendengar permintaan kita sebaliknya dia mahu kita terus menminta-minta tanpa ada hadnya. Maka mungkin kita terlupa, seks bukan penentu segalanya untuk mendapatkan apa yang dihajati sebaliknya persiapkan diri untuk memperolehi rezeki besar dari Illahi dengan doa yang tak putus. Ramai yang berlandaskan 'skills' dan kehebatan di ranjang untuk mengukur ketentuan kehadiran cahaya mata, namun itu sekadar zahirnya sahaja, yang batin dan roh itu datang dari Illahi. Maka teruskanlah berdoa tanpa ada rasa jemu dan mengeluh. Ingatlah, kita ini juga hanya pinjaman sementara.

(3)
Setiap kali kita termenung dan merungut, kenapa tak lekat lekat lagi ni? Sedangkan ramai yang di luar sana tak kahwin punyalah senang membuahkan hasil? Itulah dugaan buat mereka, dan kekesalan pasti akan hadir dan menghimpit mereka sepanjang hayat. Allah swt mahu mereka sedar bahawa apa yang dilalui dan mereka perolehi adalah hukuman dan mereka harus kembali segera ke pangkal jalan. Kita yang sentiasa dalam lindungan rahmat Illahi, akan terus diuji dengan erti KESABARAN. Usahlah bandingkan kita dengan mereka, kerana ujian mereka lebih getir dan deras alirnya daripada kita. Hidup dihantui segala musibah sedang kita hanya menantikan keindahan esok hari. BERSABAR adalah kunci segalanya. Keimanan itu harus dibasuh setiap hari dengan titis titis kesabaran bukan kegelojohan, barulah kenikmatan dan keredhaan rahmatNYA sering kita perolehi. Jangan bandingkan dengan mereka yang terlanjur dan akhirnya kesal serta merintih malu dikeesokkan hari.

(4)
Sepanjang kita meyusuri hari-hari bahagia bersama insan yang kita sayangi, pernahkah kita terfikir bahawa mungkin Allah swt mahu kita menghabiskan masa berdua dan menikmatinya sehingga kehadiran cahaya mata. Saat terdetiknya cahaya mata, tanggungjawab kita juga berganda, tugasan kita juga tak terkira banyaknya dan berkemungkinan kita tidak lagi semesra dulu bersama pasangan kita. Berpimpinan tangan mungkin tidak lagi, sebab asyik sibuk menolak 'stroller' anak dan menjinjing bagasi penuh berisi barangan bayi. Makan bersuapan juga mungkin jarang jarang sekali, mana tidaknya kalau sorang makan sorang lagi kena jaga anak yang tak mahu duduk diam di dalam 'stroller'. Mungkin kerana Allah swt mahu kita mengeratkan lagi kasih sayang biar tersimpul rapi maka belum lagi rezeki anak dikurniakan. Aduhai, kita ini tak nampak rupanya apa yang Allah swt rencanakan, yang sering terzahir adalah keluhan bila lagi? bila lagi nak lekat ni? kenapa tak ada ni? sampai bila nak berdua macam ni? HENTIKAN segala pertanyaan rencana ALLAH swt, kerana esok pasti ada khabar gembira buat kalian yang tak sabar menanti hikmah dan kurniaanNYA. Percayalah...

Itu antara siri kuliah yang aku sering dengarkan, setelah bertalu-talu aku menelannya maka aku redha dan berusaha serta melepaskan segala kekeluhan padaNYA. Aku meminta-minta tanpa henti hingga esok tiada hari lagi. Alhamdulillah, bulan ke11 perkahwinan kami, tanpa aku sedari segalanya hadir tanpa diduga. Aku yang selama ini terlalu berharap, dan akhirnya melepaskan segalanya pada takdir semata kini dianugerahkan rezeki tidak terhingga.

Segala perasaan bercampur baur, seronok usah terkira lagi namun aku diuji 9 bulan 10 hari kini hingga ada saatnya aku terbayangkan saat saat aku tidak berbadan dua. Akan aku susulkan kepayahan dan juga pengorbanan menjadi bakal ibu. Benar ia menimbulkan bibit gembira namun tak aku sangkal jua bahawa ia turut menerbitkan seribu satu dugaan yang tak terkira. Ini baru persiapan menjadi BAKAL IBU dan belum menjadi IBU lagi.

Maka, pada mereka yang terus menanti, jangan putus hamparkan doa pada Illahi dan bersedialah melalui proses menjadi bakal ibu yang adakalanya bisa menitiskan airmata penuh rasa. Percayalah...Wallahualam.

Tuesday, February 5, 2013

Celikkah anda? dan celikkah saya??


Lelaki tampan buat para muslimah adalah :

♥ dia bangun pada waktu SUBUH untuk menghadap TUHAN nya
♥ dia melapangkan waktu kerjanya untuk menyembah TUHAN nya pada waktu ZUHUR
♥ dia tahan kepenatannya semata-mata untuk berjumpa TUHAN nya tatkala ASAR menjelang
♥ dia tinggalkan dunianya buat seketika di kala MAGHRIB tiba
♥ dia menepati waktu solatnya pabila azan ISYA' sudah berkumandang

Lelaki yang tampan hatinya seperti ini menjadi idaman para wanita muslimah kerana :

♥ mereka adalah bakal imam wanita
♥ mereka adalah bakal pemimpin keluarga
♥ mereka adalah insan yang bakal dihormati dan ditaati para isteri
♥ mereka adalah individu yang bakal menunjukkan jalan ke syurga pada keluarganya

:: Lelaki tampan hati adalah lelaki soleh, dambaan wanita solehah..





"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan ape adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..." -Imam Al-Ghazali
 





walau sejahat atau senakal mana pun seorang lelaki itu, dia pasti inginkan seorang isteri yang solehah, yang baik akhlaknya, yang taat kepadanya..

tiada siapa mahu wanita yang menjadi isterinya itu seorang yang buruk akhlak, kasar dan tidak taat.. mereka mahukan yang beragama dan mengamalkan agama..

indahnya bila lihat wanita mengenakan pakaian mengikut syariat, di idamkan oleh ramai lelaki.. indah bukan? jika ditambah niqab/purdah (bagi saya la) lagi la manis.. :)

------------

wahai kaum hawa, jadilah wanita solehah, bukan pada pakaian sahaja.. tapi pada akhlak, ketaatan dan tanggungjawab..





Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',

Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu.

Monday, November 19, 2012

Tazkirah Malam Ini : Boikot, berjayakah?

SUMBER RAKAN FB KITE...


Bismillah.. Isu boikot. Sudah lama dah kan? Berlalu begitu sahaja? Kan.. Ye lah, tak siapa ambil peduli macam dahulu dah.. Dulu semua semangat nak boikot. Sekarang, hmm... Nampak Mcdonald, makan Starbucks, jumpa Tesco, dah macam tiada effect.. Sedih. Sangat sedih.. Mari kita renung-renungkan sedi

kit info yang akan diberitahu di bawah. Wallahualam.. Ok, bismillah!

Isu boikot ini, sangat berkait rapat dengan pemboikotan barangan Israel dan Yahudi. Semua ini tak lain dan tak bukan, bertujuan untuk saudara-saudari kita di Palestin sana. Penting ke isu boikot? Penting ke boikot barang?

Saya malam ini, tak mahu bercerita panjang mengenai hukum boikot, atau cara-cara nak boikot, syarikat apa perlu diboikot atau sebagainya. Cuma malam ini, saya lebih mahu menegur dan mengingatkan sesama kita, mengenai pendirian kita, terhadap kesedaran saudara-saudari kita di Palestin sana.

"Ala, kalau aku seorang je boikot, bukan ada effect pun. Kaya jugak syarikat tu. Tak effect pun aku sorang je boikot"
"Tunggu bila ramai boikot baru aku boikot"
"Boikot? Ala susah laa.. McDonald sedap kot! Promosi lak tu"

Selalu sahaja dengar alasan dan komen insan muslim, seperti di atas. Ok, sekarang kita lupakan mengenai boikot kita menjadi ke tidak, berhasil ke tidak. Ramai perlu boikot, atau masih sedikit yang boikot. Tapi jom kita fikirkan tanggungjawab, dan hak kita dulu.

Suka sekali saya nak petik kisah seekor burung kecil yang mengambil air menggunakan paruhnya. Ingat tak? Ala, yang dia berusaha nak padam api yang sedang membakar Nabi Ibrahim yang telah dibakar hidup-hidup. Namun atas perintah Allah Taala, api itu tidak panas, malah sejuk sahaja.

Ingat lagi, kawan-kawan burung itu mentertawakan dia, sebab paruhnya kecil, tapi nak padam api yang besar sangat tu? Tahu tak apa jawapan burung itu?

"Tak kisah la api ini padam atau tidak. Tapi at least di akhirat kelak, aku ada jawapan untuk jawap depan Allah, aku dah tunaikan tanggungjawab aku. Sekarang bukan isu api terpadam atau tidak, tetapi aku sudah laksanakan hak aku, tanggungjawab aku. So, insha allah terlepas lah aku daripada disoal mengenai tindakan aku apabila melihat Nabi Ibrahim dibakar"

Lebih kurang macam itu la ayat dia. Bukan sebijik ayat dia pun. So nampak tak kaitan kisah ini, dengan kisah kita sekarang? Ramai orang yang mengatakan, yang boikot kita ini tak berhasil pun. Boikot kita ini perlu la ramai-ramai buat, baru lah ada effect. Setakat sorang muslim, memilih untuk ke kedai kopi Pak Tam instead of going to Starbucks, seorang sahaja, tiada effect mana pun.

Well, ingat balik kisah burung tadi. Bukan isu sama ada syarikat Yahudi dan Israel ini akan rugi atau tidak, bukan isu mereka akan stop perang Palestin sebab kerugian segelas kopi di syarikat mereka. Bukan!

Tetapi ini ialah isu tanggungjawab kita! Isu hak saudara kita, yang perlu kita penuhi! It's not about the money, or the profit/loss of the company! It's about our responsibility!

Ya Allah! Sanggup ke kita dipersoalkan di akhirat kelak, apa usaha kita untuk menentang syarikat-syarikat Yahudi yang banyak 'manja' dengan saudara kita di Palestin?

At least kalau kita seorang sahaja yang boikot, kita seorang sahaja yang prefer untuk mengelak daripada membeli daripada syarikat ini, daripada kalangan 100 sahabat kita, so be it! Kita menunaikan tanggungjawab kita! Kita ada jawapan nak bagi, bila Allah persoalkan kita di akhirat kelak!

Sebagai kesimpulan, saya ingin tekankan lagi sekali, bila diejek atau ditegur orang, yang boikot kita ini tak berhasil. Tak menjadi. Jawab pada mereka, berhasil tak berhasil, menjadi tak menjadi, bukan isunya. Tetapi yang penting aku dah laksanakan tanggungjawab aku. Sebagaimana burung kecil, membawa air dalam paruhnya yang kecil itu, cuba untuk memadam api yang besar, walaupun dia tahu yang paruhnya hanya membawa air yang sangat sedikit, dan tak mungkin mampu memadam api itu.

Jom jadi burung kecil itu!

Wallahualam..

Dakwah di mana-mana sahaja yang termampu, insha allah

p/s :
Saya bukan menghina atau mengutuk pekerjaan mereka yang mendapat sumber rezeki daripada syarikat-syarikat itu. Saya hanya ingin mengajak saudara seagama saya untuk membuka pemikiran kita, agar tidak terlalu terbatas pada soal boikot itu berhasil atau tidak. Maaf bagi pihak yang tersinggung.

"It's not about the result. It's about the act."

#PrayForGaza

Tuesday, October 30, 2012

Kisah Di Negeri Orang

KALAU ADA SESIAPA YG MASIH BELUM BACA KISAH NI BACA LAH....BENAR2 MENYENTUH HATI... BAGAIMANA DENGAN ANDA???



Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.

"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.

Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."

Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?

?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.

Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...

"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....

Assalamualaikum.

Abang...

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...

Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

Abang...

Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.

Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....

Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...

Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.

Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...

Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Ani.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......

"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

Ya Allah...

Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.


sumber dr rakan fb jieyfa mh

Monday, October 29, 2012

Allah selalu permudahkan urusan kita..

Bila 1 hari aku bagitau seseorang yang aku memohon supaya Allah mempermudahkan urusanku setiap hari,jawabnya pada aku..

Allah selalu mempermudahkan urusan kita,tapi kita yang selalu menyusahkan segalanya…dan aku selalu mengulang ingat tentang

bait2 itu…kerap pula aku berfikir tentang logiknya kerana aku berdoa atas sesuatu yang belum pasti,maka selayaknya aku

berharap yang urusan itu dipermudahkan…

Dalam pada aku meniti hari2 yang datang,aku menerima khabar gembira dari seorang teman,bakal menjadi tunangan orang…

Bunga2 kebahagiaan itu makin mekar dalam hatinya…

Bila bicara soal bahagia begini…

segala macam perancangan hadir dalam benak fikiran masing-masing,termasuk aku…mengangankan hari bahagia itu memang lumrah

wanita kan??=)

Maka,otak ligat membayangkan hari pertunangan..majlisnya akan dihadiri sahabat dan saudara…

Cincin yang tersarung bukan 1,malah mngkin 2…cincin merisik dan cincin bertunang…

Soal hantaran mula dibincang…berapakah?cukupkah?dan siapa yang menetapkannya?

Bagaimana dengan barang2?hendak dibalas berapa dengan berapa?

Kalian sajalah yang menjawab kerana aku masih belum mengalaminya….

Bagaimana dengan majlis perkahwinannya nanti?

Mahu bersanding?bagaimana dengan pelaminnya?berapa kos yang perlu ditanggung?makanannya?aduhaii….

Tiba2 otak aku berputar ligat tentang seorang hamba Allah…

Dia bercerita tentang majlis yang bakal dilangsungkannya…

Aku tanyakan tema majlisnya…dan ini jawapannya..

”Masa bertunang nanti akak akan pakai 2 pasang baju..temanya haruslah putih….masa nikah akak akan pakai warna hijau,masa bersanding akak akan pakai warna maroon,dan ada juga beberapa persalinan yang nak dipakai nanti..akak da jumpa dengan wedding planner,rias pelamin tu mesti dengan bunga-bunga segar,dan majlisnya mesti dibuat di dewan…tak sabar rasanya nak tunggu hari tu nanti..”

aku tercengang tanpa kata…

Lalu aku usulkan lagi..

”Akak jumpa wedding planner?erm..mesti mahal bayarannya kan?”soalku takut2.

Dia pandang aku dengan muka bahagia.Katanya,

”Ish,xde la..bakal suami yang nakkan macam tu..Bila dia tanya citarasa akak,akak bagitau je la macam tu,lagipun kawin ni sekali seumur hidup..

Erm,bakal suami amik pakej RM60k…”

Aku bisu terus…

Jari jemari mencongak nilai RM60k…

Otak ligat berfikir…

RM60k..

Adeh..sesak nafas sekejap…


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa’ ayat 36:

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan dirinya.


Hurm..itu kisah orang yang mampu..Yela,kalau xmampu,xde la dia nak menanggung kos sebesar itu…

Bagaimana dengan kisah orang yang tak mampu,tapi punya keinginan setinggi itu?

Tak lain tak bukan,loan la jawabnya…

Berapa pula nilai yang harus dipinjam?Selama mana harus dilangsaikan?Persoalan demi persoalan harus dirungkai…

Dan yang penting,adakah kita mempermudahkan urusan tersebut?

Aku tak pernah terfikir tentang semua ini sehingga lah aku mendengar tentang cerita2 semasa kawin yang masih belum selesai

sehingga selepas kawin…Pinjaman yang belum langsai,hutang yg belum dilunaskan..(malah ada yang dah buat2 lupa..)

Aku tak merasa,tapi sekurang2nya aku melihat dan mengetahui kesan2nya…

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan. (Riwayat at-Tirmizi)

Aku memasang impian,kalau lah suatu hari nanti aku disunting,biarlah urusan pernikahan berakhir disitu juga..Usah dibawa-bawa hingga

beberapa tahun perkahwinan…

Permudahkanlah ia…

Aku pernah membaca tentang biografi isteri Tok Guru Nik Abdul Aziz..

Dan ada salah 1 bab di mana beliau menceritakan tentang perkahwinan anak perempuannya…Tentang kerisauannya bila anaknya

disunting,berapakah nilai hantaran yang bakal diletakkan dan bagaimana urusan majlis tersebut.

Usai berbincang dengan suami tersayang,maka ditetapkan hantaran hanyalah sebanyak RM1000.Itu pun dengan niat semoga masyarakat juga tidak terikut-ikut dengan meletakkan hantaran yang tinggi.Sudahlah nilainya tinggi,membebankan pula…

Apa pendapat kalian?

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Furqan ayat 67:

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Kenapa mesti mengikut kemampuan orang lain sedangkan kita tidak mampu?

Dan kalaupun kita mampu,kenapa perlu membazir dengan segala yang tidak perlu?

Kita sewajarnya tidak terlalu ghairah berbelanja besar sehingga lupa bahawa selepas majlis perkahwinan,kita akan memulakan hidup baru bersama pasangan di rumah sendiri. Bagi yang merancang tinggal bersama keluarga atau mentua, mungkin mereka agak kurang bermasalah dari segi menyediakan perkara asas. Tetapi bagi mereka yang ingin tinggal bersendirian, rumah sewa sepatutnya sudah diperoleh dua atau tiga bulan sebelum berkahwin.

Sekiranya kita membudayakan majlis perkahwinan yang sederhana, sudah tentu perkara-perkara negatif seperti berhutang, menunjuk-nunjuk, membazir dan sebagainya dapat dijauhi. Perkahwinan adalah ibadah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Namun jika ia dicemari dengan perkara- perkara yang tidak baik, dibimbangi nanti matlamat untuk melaksanakan ibadah tidak tercapai.

Fahami kembali konsep perkahwinan itu…

Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita harus mendepani rumahtagga yang akan kita bina?

Jangan nanti majlisnya mencecah ribuan ringgit,tetapi hanya sekejap cuma…

Hamparkan segala harapan pada Allah..Biarkan Dia yang menilai..

Sesungguhnya Dia telah mempermudahkan jalan dan setiap urusan

Terpulang kepada kita untuk mengikutinya atau memilih untuk menyusahkan diri…

~cinta itu milik Allah..dan bila aku menyatakan rasa itu pada seorang hambaNya,ketahuilah..itu adalah permulaan kepada kepercayaan.

dan bila ia dikhianati,segalanya akan hilang diantara kita…tetapi Allah masih lagi ada untukku~

sumber: seorang rakan...


Nota Kaki: kita sendiri yang menyusahkannya kerana terikut-ikut akan hawa nafsu kita…

Tuesday, October 16, 2012

cEr!a pAg!iii...............~~


~~>
Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.
Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.
Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.

“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.

“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.

“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”



~~>
Bgaimana Hendak Mengenali Pak Pandir

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia sedang baca email in



~~>
Isi Borang Untuk Kerja Kosong

17
FEB
Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before

Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??



~~>
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek…

Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsa
fah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan… "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..". Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak.. Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.. "Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi.. hakim berkata… "Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan.



~~>
l kisahnya...seorang pemuda sedang berbual dengan tauke kambing di tepi padang rumput sambil memerhatikan 2 ekor kambing..seekor warna hitam dan seekor lagi warna putih...
Pemuda tersebut memulakan perbualan..

Pemuda : Baguslah ternakan kambing pakcik.Boleh saya tanya sikit?
Tauke : Boleh je.

Pemuda : Berapa jauh kambing-kambing ni berjalan setiap hari?

Tauke : Yang mana,yang putih atau yang h
itam?

Pemuda : Yang putih.

Tauke : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Tauke : Yang hitam pun sama.

Pemuda : Berapa banyak lak rumput kambing-kambing ni makan setiap hari?

Tauke : Yang mana,yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Tauke : Ooo, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Tauke : Yang hitam pun sama..

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Tauke : Yang mana,yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Tauke : Emm...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Tauke : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan kambing-kambing pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama je?

Tauke : Mestilah..sebab kambing-kambing yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo,gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Tauke : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Arghhhhhhh... tensionyaaa..pakcik pun sama dengan kambing.


~~>
HARAM BERKAHWIN WANITA SATU PEJABAT ! !

Mie : Aku nak kawin la Joi...
Joi : Dengan budak mana?
Mie : Satu pejabat...
Joi : Ish mana boleh kawin satu pejabat…haram tuh!
Mie : Eh, apasal lak haram? Ko ni da terikut ajaran sesat ke ape?
Joi : Aku pun alim gak la...aku pon ada dengar ceramah gak kat masjid..
Mie : Ok, bagitaw aku..sebab apa sampai jadi haram?
Joi : Islam suruh kawin paling ramai 4 or
ang je... kalau dah satu pejabat ada 20,30 org perempuan, tu kan ke haram..
Mie : $#@%^&* =.=" Podahh!

♥ Hahak! =')