Saturday, June 4, 2011

kisah lama..tp still manarik hati..

Kisah Dari Mahkamah Syariah..:... sedih pulak baca cerita nie.. bacalah dan jadikan sebagai iktibar. untuk diri sendiri….. Salam buat kengkawan maya…. baca sampai habis tau......tabah nyer org nie......betul gak kata orang "pompuan yg dah kawin ni nasib dia bak untung sabut timbul, untung batu tenggelam..." lu piker la sendiri……. Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami MINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.


"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman
Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit
barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'.
Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun.
Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat
pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai
penyakit itu tanpa suami.


Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu
memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan
nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara
dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya


Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan
yang cacat 'mahkotanya'. Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari
pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabilamembayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri


'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai

ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.


Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah.... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."

Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu
menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka
terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.


Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu
doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak
bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam
8.30 pagi).


Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah,
suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa
iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium
tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.


Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar
untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya
tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan
begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji
sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat
hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya
menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata:
"Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan
saya ketika itu?
Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan
hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya
sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk
pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.


Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital
sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika
membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan
rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.


Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan,
tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk
supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala
saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi,
saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya
Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana
sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan
macam mana pun tetap mati juga."


Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat. Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi

ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.
Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan
(vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak
percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan
menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya
Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.

Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin
sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga
anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji,
sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi
tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.

Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di
sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika
saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji
di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji
dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.


Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat- ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.

Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat
mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan
mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari
sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak
masih lagi di IPT.


Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang
terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun
kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa
positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa
percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.

Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi
selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri. Saya rasa apa yang saya
lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada
sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55
kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah
Syariah.

Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup
bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak
mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah
sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan
'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai
sebelah payu dara?'


Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang
agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik
jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami
sudah bersara wajib 56 tahun.


Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah
ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga
saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya
menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.

Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan,
saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari
rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada
saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan
kepadanya.



Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.

"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS

"Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"

Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan
berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam
engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat
mahkotanya? Kenapa ya...

Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?

Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku
pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya
menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya. Itulah semangat yang mula tertanam di hati
saya."


Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan
penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya
bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh
lebih baik daripada bekas suami.


Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata
melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan.
Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang
dimiliki.


Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling
menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti.
Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu
yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami

Wednesday, June 1, 2011

Bagaimana Nak Pilih Calon Suami..

jieyfa de terbace blog kwn kite ni..die de celoteh ckit psl clon suami ni..so leh la kte share2 2gter...
Suami adalah ketua keluarga.... ibarat seorang Kapten untuk sebuah kapal... ibarat seorang laksamana di medan perang... ibarat pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara.... Haaaa....betapa pentingnya seorang suami... Si gadis.....ni ade tips la kat korang kalau nak pilih calon suami yang bagus untuk sepanjang hidup korang... Bagi test-test yang berikut untuk calon suami korang....he he

1) Bila berdating... Tengok Si Dia Cari Surau ke Tak...Ni antara test paling senang dan ringkas.... ajak dating keluar dalam tengah hari gitu... pastu pegi la mane-mane tempat yang terang dan ramai orang... dalam waktu dekat-dekat maghrib tu....balik ler.... Test tengok sapa yang ajak pegi surau dulu... Dalam waktu dating tu...dah sah-sah masuk waktu zohor dan asar... kalau depa macam buat tak tahu je yang zohor dah burn...maknanya dah ada kekurangan di situ....Ingat....solat tu tiang agama...kalau tiang tu dah sebesar lidi....mane nak kukuh kan? :D

 2) Pabila makan....Haaa...yang ni pun boleh tengok jugak..tapi bukan ketika dating.... yang ni kene tengok ketika dia makan dengan member-member.... Test tengok berterabur tak sisa makanan dalam pinggan selepas makan.... kalau berterabur.... maknanya bila dah kahwin nanti...korang la penat. Macam tu la nanti rumah korang.. :D


3) Ketika driving...Yang ni pun boleh diperhatikan..... macam mane si dia tu membawak kereta... macam pelumba F1 ker...macam siput ker... yang ni pun ada kene-mengene dengan jiwa asal dia jugak.. Kalau asyik langgar kete orang kemudian marah orang tu balik...maknanya korang la yang akan selalu dipersalahkan walaupun si dia yang salah... Cube perhati.... he he

4) Cenderung nak ajak ke manaNi bila dah lame berkapel... tengok si lelaki ni banyak cenderung ke arah mana.... ke arah suka menghiburkan diri ke clubbing ke.....atau suka mententeramkan hati di masjid.... Kalau tak masjid pun, cukuplah selalu menegur kita kalau kita buat salah.... Jangan pulak melenting selepas ditegur.... Jangan pulak sayang lebih kepada pak turut jer.... Rosak korang nanti!



5) Tahap IQ dan EQ..Haaa.....ni penting der....jangan main-main.... orang yang ada tahap EQ yang rendah...suka marah-marah ikut suka hati.... dia tak tahan marah tu...asyik nak lepas jer... tahap IQ rendah pulak....selalu mengambil jalan penyelesaian yang singkat walaupun merosakkan hubungan korang sekalipun.... Takde diplomasi! Ingat tau.... IQ dan EQ tinggi tak semesti belajar tinggi-tinggi.....


 6) Biar boleh jadi Imam....Yang ni sangat penting dalam mengekalkan hubungan kekeluargaan... carila yang boleh jadi imam solat korang... sekurang-kurangnya....boleh qamat pun dah ok.... tapi sepatutnya boleh jadi imam... Macam mane nak test? Haaaa...... Paling senang... bawak jumpa mak ayah dekat rumah dalam waktu nak masuk waktu solat... pastu time masuk azan tu..ajak la solat depan ayah mak tu... Nak tolak...kompem malu kan. Haa....time tu la suruh jadi imam.... pakat-pakat la dengan mak ayah..... Lagi elok kalau solat subuh... Tah-tah bacaan qunut mane la si dia bace kan.....qunut panjang ke pendek... Qunuuuuuuuuuuut..... he he he...

7) Mengaji..
Kalau lulus yang no. 6 tu.. selalunyalulus no. 7 ni. Tapi kalau nak test jugak.... ajak je si dia tu g majlis bacaan Yassin... Memang boleh baca kan... [kalau boleh..he he] Tapi cuba dengar apa yang di baca tu....betul tak tajwid dan cara sebutannya tu.... Tapi part ni boleh terkantoi dah masa jadi imam solat... Suruh dia jadi imam solat maghrib, atau isya' atau subuh...Baru ler boleh dengar bacaannya....:)

8) Ajak berdiskusi...Cuba ajak bercakap pasal agama.... contohnya...keluarkan topik pasal syarat sah solat ker..... atau selit-selitkan hadis nabi dalam terjadinya awan ker.... Contoh....... tengok dia boleh join tak.... Kalau duk diam asyik duk hangguk-hangguk geleng-geleng tu..maknanya tak tahu atau tak berminat.... Korang mau orang macam ni mendidik anak korang nanti??

9) Jumpa mak ayah dia
Ni pun test untuk diri sendiri jugak.... tapi ni jugak test untuk si dia juger.... tengok latar belakang kehidupan dia.... sesuai tak dengan korang? Kalau korang ni seorang yang inginkan ciri-ciri keislaman...tetiba famili dier tu jenis kaki botol.... ermm.... bapak borek, anak rintik kan? Senang citer...tengok depa tu solat ke tak.... si anak ni selalunya menjadikan mak ayahnya sebagai role model...... Betul ke salah? Tanya diri sendiri...:D

10) Test cintanya untuk apa..
Waahh.....ni last but not least la kan..... tapi ni kalau korang betul-betul nak kahwin dengan dia.... Dan dengan harapan dah lulus semua yang kat atas.... Pastikan dia cintakan korang kerana Allah....bukan kerana nafsu seks....bukan kerana harta.....bukan kerana korang tu comel ala-ala cute gitu.... Macam mane nak tahu? Antaranya buat istikharah pun ok.... selalu berbincang dengan si dia pasal kehidupan di dunia dan akhirat....[biasanya sumer elok-elok jer masa kapel kan..he he] Dan bergaduh la...hahaha. Asal aku cakap gitu? Dari pergaduhan atau perbalahan la korang tau sifat dia yang sebenar.... Tapi jangan berulang perkara yang sama.... :D

Bila dah lulus sumer tu....... jangan tunggu lama-lama....kahwin!! Proceed!! Jangan nak buat maksiat pulak! Ingat.....dengan kahwin tu pun....korang dah tunaikan satu kewajipan sebagai hamba Allah di muka bumi nih.. ada orang kata...darjat diri diangkat 20 kali ganda.... maknanya...kalau selalunya korang derma singgit seminggu... darjat dah diangkat menjadi 20ringgit seminggu walaupun korang bagi singgit....:D

Wednesday, May 18, 2011

kisah sedih untuk renungan bersama

Maafkan Abang Sayang..
Remuk hati seorang isteri dikala suami yang selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya.
Sungguh tidak kuduga inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air mataku meneyelinap ke dalam diri. Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak bersisa lagi. Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu abang.
Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam?
Ingatkah abang akan janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk bersama sayang. Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu. Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita.
Mungkin ada waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai toleransimu.
Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2 perkaran yang sentiasa membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga. Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami adalah seperkara sayang takuti.

Sayang takut bila isteri abang dua ..kasih abang satu.
Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan milik Sayang lagi. Abang, malam ini abang mengaku akan hubungan yang selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang. Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis- nangis kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya, kita bantu Farah dan anak-anaknya. Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak- beranak di rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang.
Mungkin kerana ketidakhadiran cahaya mata dalam kamus hidup kita, Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3
bulan itu Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan anak-anak. Betapa di kala itu, Abang bagaikan wira dahulukala. Di saat Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk
berderai.

Malah hati seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta kami adalah Farah. Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas.
Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk sebelah tangan
tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu? Tidak pernah dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan suamiku sebegitu rupa. Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.
Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapkan lagi. Kukutip permohonan suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas sofa empuk itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup.
Kuhampiri suamiku. Di kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini……. pertama kali sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang. Lembut Suamiku menarikku kesisi. “Abang… Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang. Berterus- teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang abanag cari pada Farah? Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang ?” Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat kubayangkan kekecewaan yang melanda.
Perlahan kuamati suamiku. Abang, walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya kehilanganmu. “Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia. ” Dalam saat- saat sebegini Farah masih dihatimu. “Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku ?” “Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan …” Walaupun payah, Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian. Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah untuk mengalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat seperti dahulu. “Bagaimana halal dan Haram Abang ?” Aku masih cuba berlaku tenang. Aku kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku terdiam. Dia semakin resah. “Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran kami.

” Mudah sungguh Abang membina alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku tersenyum sendirian.
“Abang masih belum jawab soalan Sayang. Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang ?” Antara dengar dengan tidak aku cuba mendapatkan kepastian. “Farah.. Farah.. ” Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada
ktidakpastian pada raut wajahnya.
Lembut kugenggam tangan suamiku. “Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. .” Dengan isyarat mata aku cuba memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.
“Sayang.. Farah mampu menjadikan Abang…AYAH. .” Dan aku cuma tersenyum mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..
“Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak akan ada dua atau tiga dalam diri Abang.. ” “Sayang … itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan mendapatkan Anak. ” Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.
“Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah Halal buatmu. ” Segera aku bangkit dari dudukku. Dengan kekuatan yang masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku sudah terluka abang. Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi.. yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang. Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya … “Tapi Abang… Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca mata Sayang. Bebaskan Sayang.. ” Tersentak suamiku. “Nanti Sayang …” Suamiku menarikku hampir padanya. “Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang, Ayah, sepertimana yang Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu.. Maafkan Sayang,Abang. “ Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya.

Yang ada cuma ….janin berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan, Abang

Kisah Wanita

~PenGorbaNaN SoOranG ISTERI~

Assalamualaikum semua pembaca blog saya ni...
apa khabar?? haa kali ni saya nak cerita sikit kisah sal pengorbanan seorang isteri terhadap suaminya yang tercinta. Harap2 dapat dijadikan tauladan kepada semua suami2 di luar sana... jangan lah bersikap sedemikian terhadap isteri anda... walaupun saya belum digelar isteri orang tetapi segala keperitan dan kesusahan dapat dirasai sebagai seorang wanita... naluri hati seorang wanita. Memang menyedihkan... Cam ni ceritanya,..........

Selepas pulang dari kerja, Nurul cepat-cepat mempersiap diri lalu ke dapur untuk menyediakan makanan sebelum suaminya pulang dari kerja. Ikan bawal masak merah kegemaran suaminya bakal terhidang.
15 minit kemudian pintu dibuka dari luar. Nurul berlari-lari anak menuju ke pintu dan menyambut kepulangan suaminya dengan salaman dan senyuman yang paling manis.

“Abang dah balik? Rindu sayang tak? Hehe...
”Haris tersenyum mesra sambil mencium ubun-ubun Nurul.“Mestilah abang rindu isteri abang...” Jawapan itu cukup untuk membuatkan Nurul berasa sangat bahagia.
Begitulah rutin harian mereka semenjak empat tahun lebih mereka mendirikan rumahtangga. Tanpa rasa jemu, tanpa rasa kekurangan kasih sayang walau sedikit pun. Walaupun mereka masih belum mempunyai cahaya mata, namun mereka tidak pernah berasa perkahwinan mereka kosong. Sudah banyak kali mereka berusaha, tetapi mungkin kerana rezeki masih belum berpihak kepada mereka berdua.

“Ris…aku tengok kau ni dah dekat lima tahun kahwin tapi masih takde anak lagi. Bila kau nk dapat gelaran ayah ni?”…Haris cuma mengerutkan keningnya.
”Aku bukan tak usaha Man, tapi tak ada rezeki kami lagi. Aku dah check kat hospital, doktor kata kami tak ada masalah tetapi rahim Nurul tak kuat untuk mengandung, mungkin sebab tu kami belum dapat anak lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada la, aku akan usaha lagi. Semua rezekikan daripada Allah...”,Haris menjawab panjang.

“Tapi Ris, sampai bila? Aku rasa tak ada salahnya kau cuba dengan org lain, bukannya kau tak mmpu kahwin lain. Kau ada pangkat, gaji besar...Lagipun Suri tu, aku tengok macam sesuai sangatlah dengan kau...”, Norman mengusulkan cadangannya.

Cuti sekolah menjelang tiba. Seperti biasa Haris dan Nurul akan pulang ke kampung untuk melawat orang tua Haris. Nurul pula merupakan seorang anak yatim piatu sejak dia kecil lagi. Seperti biasa, buah tangan untuk mentua tidak pernah dilupakan Nurul. Sampai sahaja di rumah Haris, kedua-dua mertua Nurul menyambut kepulangan mereka seperti kebiasaannya. Tiba-tiba ibu mertuanya bertanyakan soalan yang selama ini memang sering meniti di bibir ibu mertuanya itu. ”Hai Nurul..tak besar-besar lagi perut tu? Bila nak ada isi?”, ibu mertuanya tersenyum sinis menantikan jawapan daripada Nurul. Nurul hanya tersenyum, walaupun hatinya berasa sangat sedih.Tak ada rezki lagi mak...”, jawabnya pendek. Nurul terus ke dapur menyiapkan makanan tengah hari kegemaran mentuanya memandangkan hari sudah pun lewat petang.

Di ruang tamu, ibu dan ayah Haris merenung Haris dengan penuh harapan. ”Ris, mak bukan nak paksa kamu, tapi mak dan ayah dah tua nak, kamulah satu-satunya anak kami. Kalau boleh mak dan ayah ingin menimang cucu sebelum kami menutup mata...”, ibu Haris memulakan bicara apabila kelibat Nurul mula menghilang ke dapur.

Haris mengeluh panjang. ”Kami dah cuba mak, tapi tak ada rezeki lagi...”, jawab Haris. “Mak tahu Ris…Nurul memang menantu yang baik, lemah lembut, sopan santun, rajin, dan mak tahu kamu sayangkan dia. Tapi mak harap sangat dapat tengok zuriat kamu sebelum mak dan ayah menutup mata. Kamu cubalah nasib dengan orang lain pula, mungkin dapat siapa tahu…”, ibunya memberikan cadangan. “Tengoklah macam mana mak…”, Haris menjawab dengan acuh tidak acuh.Semenjak pulang dari kampung, fikiran Haris bercelaru. Banyak perkara yang bermain dalam fikirannya yang menyebabkan perasaan serba salah menguasai diri. Kata-kata sahabatnya dan ibunya mula terngiang-ngiang di telinga.

Nurul mula melihat perubahan pada diri suaminya. Haris mula menjauhkan diri daripadanya. Tiada lagi gurau senda mahupun kata-kata romantis yang meniti di bibir haris setiap hari seperti hari-hari sebelum ini. Haris juga sudah mula pulang lewat malam dan jarang bercakap dengannya. Nurul kian merindui suaminya yang dahulu. Perasaan sedihnya disimpan jauh di sudut hati. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dilaksanakan seperti biasa. Nurul tidak jemu menyedikan makanan buat suaminya walaupun terkadang makanan itu langsung tidak dijamah oleh Haris. Hatinya kecilnya sering berbisik, “Abang...Nurul betul-betul rindukan abang...”, sambil matanya bergenang air mata kesayuan.

Di pejabat pula, Haris kini semakin rapat dengan Suri. Mereka mula keluar makan bersama dan kelihatan sentiasa berdua. Haris mula berniat didalam hatinya untuk memperisterikan Suri. Suatu hari, ketika sedang mengemas ruang tamu, Nurul berasa pening dan hampir pitam. Badannya berasa sakit-sakit dan seperti hendak demam, Dia menunggu haris pulang untuk menghantarnya ke klinik setelah menelefon Haris untuk memberitahu tentang keadaannya.

Ketika Haris pulang, Nurul terus menyatakan hasratnya untuk ke klinik tetapi jawapan yang diterimanya cukup hambar. Haris menyuruhnya ke klinik sendiri atas alasan dia perlu menghadiri mesyuarat penting dengan majikannya. Namun sebaliknya, Haris sebenarnya sudah berjanji dengan Suri untuk keluar makan tengah hari bersama pada hari itu. Dengan penuh kesedihan Nurul ke klinik dengan menaiki teksi kerana tidak tahan akan kesakitan yang dirasainya, kepalanya berdenyut-denyut. Selesai pemeriksaan doktor, Nurul berasa seperti tidak percaya apabila doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung dua bulan. Lantas dia memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Dia berasa tidak sabar untuk memberitahu Haris tentang berita gembira tersebut.

Nurul menunggu kepulangan Haris dengan penuh sabar, hatinya melonjak kegembiraan. Wajahnya menguntumkan seulas senyuman yang amat manis. Namun ternyata Haris tidak pulang ke rumah pada hari itu. Dia menanti penuh hampa. Pagi besoknya, Nurul terdengar kereta Haris masuk ke perkarangan rumah. Dengan cepat dia bangun dari pembaringan dan keluar ke ruang tamu.
”Abang, abang ke mana? Kenapa tak balik malam tadi? Nurul rasa risau sangat...”, tanya Nurul sambil memegang erat jari-jemari suaminya itu.
”Tidur rumah Norman...”, jawab haris ringkas.

“Abang, sayang nak tanya sikit boleh?”. Haris mengangguk perlahan.
“Kenapa abang dah lain sekarang? Abang dah tak pedulikan sayang lagi…”, ada tangisan dalam kata-katanya tika itu.
Haris yang ketika itu masih dalam keadaan mengantuk mula berasa marah apabila mendengar pertanyaan Nurul.“Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tak dapat bagi aku anak, aku perlukan zuriat, aku nak jadi seorang ayah. Orang tua aku hendakkan cucu. Untuk pengetahuan kau, aku akan berkahwin lagi untuk dapatkan anak! Faham?”, Haris menjawab lantang dan kemudian bergegas ke bilik untuk mendapatkan beg pakaiannya dan mengambil beberapa helai baju untuk keluar dari rumah.

Bagaikan halilintar membelah bumi, Nurul terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris. Ternyata berita gembira yang ingin disampaikan disambut dengan berita duka daripada suaminya sendiri. Haris bergegas keluar tanpa sempat mendengar kata-kata dari Nurul. Nurul yang terpana dengan kejadian tersebut berasa amat terkejut, dia jatuh terjelepok dan tidak sedarkan diri.
Di hospital, Nurul mula sedarkan diri selepas pengsan selama tiga jam. Haris yang berada disisinya dengan erat memegang tangannya.

“Sayang, maafkan abang…Abang tak tahu sayang mengandung.” Haris dengan penuh kesal mengucup tangan Nurul. Dia tahu sikapnya kebelakangan ini benar-benar mengguris perasaan Nurul. Haris benar-benar menyesal.

Nurul bernasib baik kerana jiran mereka yang ingin menziarahinya ketika itu terlihat dia pengsan di ruang tamu. Jika tidak, Haris tentu menyesal sampai bila-bila sekiranya apa-apa berlaku pada Nurul dan anak dalam kandungannya. Hati kecil Haris mengutuk dirinya sendiri kerana cuba menduakan Nurul. Betapa besar pengorbanan Nurul selama ini yang setia menjadi isterinya. Haris insaf. Doktor menasihatkan mereka agar menjaga kandungan Nurul dengan lebih berhati-hati memandangkan rahimnya tidak cukup kuat dan anak yang dikandung Nurul adalah anak sulung. Haris membawa Nurul ke hospital sebanyak dua minggu sekali untuk pemeriksaan tekanan darah dan kandungannya.

Sembilan bulan ditempuhi Nurul dengan penuh kesabaran. Dalam diam, Nurul menyimpan rahsia yang amat besar tanpa pgetahuan Haris. Pada awal kandungannya, doktor sebenarnya tidak menggalakkan Nurul untuk melahirkan anak itu lantaran risiko yang amat tinggi bakal dihadapi. Namun Nurul tetap berkeras dan nekad melahirkan zuriat suaminya dan meminta doktor untuk merahsiakan dari Haris semata-mata untuk membahagiakan suaminya. Di saat nurul berjuang untuk melahirkan anaknya, Haris menerima sepucuk surat yang ditulis oleh nurul sepanjang mengandungkan zuriatnya.

Abang…pada saat kita bahagia bersama, sayang adalah insan yang paling bertuah di dunia ini kerana dapat menjadi isteri abang. Namun, sejak abang mula menjau, sayang terlalu ingin menyatakan sesuatu yang sudah lama sayang pendamkan selama ini. Abang...sayang benar-benar rindukan abang. Sayang rindukan abang yang amat sangat. Andai sayang terkorban, abang jagalah anak kita dengan penuh kasih sayang seperti mana abang menjaga sayang selama ini. Abang, ampunkan segala dosa sayang dan halalkan makan minum sayang...Yang merinduimu, Nurul.
Air mata Haris bercucuran membasahi pipi saat dia membaca warkah tersebut dan ketika doktor datang memberitahunya bahawa Nurul sanggup berkorban untuk melahirkan anak itu walaupun dia tahu risikonya amat tinggi.

“Encik Haris, sebenarnya Puan Nurul sudah diberi pilihan sama ada ingin melahirkan anak ini atau tidak kerana mungkin salah satu nyawa akan terkorban. Tetapi Puan Nurul menyuruh kami agar mnyelamatkan anaknya berbanding drinya kerana katanya Encik Haris sangat-sangat inginkan anak ini.”
Haris terkedu mendengar penjelasan daripada doktor sebentar tadi, lidahnya kelu. Hatinya menangis. “Ya Allah, selamatkan isteriku..aku tidak mahu kehilangannya ya Allah…Selamatkan jua zuriat kami ya Allah, Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pemberi...amin.”

Hampir enam jam Nurul berada di bilik pembedahan, akhirnya doktor keluar seraya mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada Haris.
”Tahniah Encik Haris, anak encik selamat, anak lelaki.”
“Alhamdulillah...”, Haris mengucap syukur.
“Isteri saya macam mana doktor?”
“Ermm..Ya, isteri encik juga selamat, syukur kepada Allah.”
Haris tunduk, ada butir-butir suci menitis keluar dari kelopak matanya, lafaz kesyukuran di ucapkan tanpa henti dalam hatinya, Dia terus berlari kearah isterinya. Nurul yang masih lemah memandang Haris.
“Sayang...andai diberi pilihan, abang akan memilih untuk selamatkan sayang. Anak kita boleh usahakan lagi, tapi isteri seperti sayang, abang tak akan dapat cari pengganti sampai bila-bila, sayang terlalu istimewa. Terima kasih sayang...Abang cintakan sayang…”Haris mengucup ubun-ubun isterinya sambil memegang erat tangan Nurul.
“Sayang juga cintakan abang. Terima kasih abang…”, Nurul menjawab kemudian terlena kerana berasa terlalu penat.