Saturday, June 4, 2011

kisah lama..tp still manarik hati..

Kisah Dari Mahkamah Syariah..:... sedih pulak baca cerita nie.. bacalah dan jadikan sebagai iktibar. untuk diri sendiri….. Salam buat kengkawan maya…. baca sampai habis tau......tabah nyer org nie......betul gak kata orang "pompuan yg dah kawin ni nasib dia bak untung sabut timbul, untung batu tenggelam..." lu piker la sendiri……. Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami MINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.


"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman
Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit
barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'.
Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun.
Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat
pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai
penyakit itu tanpa suami.


Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu
memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan
nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara
dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya


Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan
yang cacat 'mahkotanya'. Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari
pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabilamembayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri


'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai

ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.


Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah.... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."

Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu
menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka
terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.


Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu
doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak
bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam
8.30 pagi).


Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah,
suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa
iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium
tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.


Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar
untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya
tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan
begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji
sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat
hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya
menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata:
"Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan
saya ketika itu?
Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan
hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya
sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk
pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.


Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital
sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika
membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan
rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.


Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan,
tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk
supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala
saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi,
saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya
Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana
sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan
macam mana pun tetap mati juga."


Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat. Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi

ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.
Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan
(vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak
percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan
menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya
Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.

Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin
sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga
anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji,
sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi
tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.

Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di
sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika
saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji
di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji
dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.


Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat- ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.

Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat
mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan
mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari
sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak
masih lagi di IPT.


Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang
terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun
kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa
positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa
percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.

Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi
selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri. Saya rasa apa yang saya
lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada
sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55
kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah
Syariah.

Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup
bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak
mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah
sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan
'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai
sebelah payu dara?'


Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang
agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik
jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami
sudah bersara wajib 56 tahun.


Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah
ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga
saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya
menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.

Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan,
saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari
rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada
saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan
kepadanya.



Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.

"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS

"Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"

Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan
berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam
engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat
mahkotanya? Kenapa ya...

Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?

Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku
pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya
menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya. Itulah semangat yang mula tertanam di hati
saya."


Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan
penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya
bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh
lebih baik daripada bekas suami.


Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata
melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan.
Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang
dimiliki.


Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling
menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti.
Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu
yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami

Wednesday, June 1, 2011

Bagaimana Nak Pilih Calon Suami..

jieyfa de terbace blog kwn kite ni..die de celoteh ckit psl clon suami ni..so leh la kte share2 2gter...
Suami adalah ketua keluarga.... ibarat seorang Kapten untuk sebuah kapal... ibarat seorang laksamana di medan perang... ibarat pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara.... Haaaa....betapa pentingnya seorang suami... Si gadis.....ni ade tips la kat korang kalau nak pilih calon suami yang bagus untuk sepanjang hidup korang... Bagi test-test yang berikut untuk calon suami korang....he he

1) Bila berdating... Tengok Si Dia Cari Surau ke Tak...Ni antara test paling senang dan ringkas.... ajak dating keluar dalam tengah hari gitu... pastu pegi la mane-mane tempat yang terang dan ramai orang... dalam waktu dekat-dekat maghrib tu....balik ler.... Test tengok sapa yang ajak pegi surau dulu... Dalam waktu dating tu...dah sah-sah masuk waktu zohor dan asar... kalau depa macam buat tak tahu je yang zohor dah burn...maknanya dah ada kekurangan di situ....Ingat....solat tu tiang agama...kalau tiang tu dah sebesar lidi....mane nak kukuh kan? :D

 2) Pabila makan....Haaa...yang ni pun boleh tengok jugak..tapi bukan ketika dating.... yang ni kene tengok ketika dia makan dengan member-member.... Test tengok berterabur tak sisa makanan dalam pinggan selepas makan.... kalau berterabur.... maknanya bila dah kahwin nanti...korang la penat. Macam tu la nanti rumah korang.. :D


3) Ketika driving...Yang ni pun boleh diperhatikan..... macam mane si dia tu membawak kereta... macam pelumba F1 ker...macam siput ker... yang ni pun ada kene-mengene dengan jiwa asal dia jugak.. Kalau asyik langgar kete orang kemudian marah orang tu balik...maknanya korang la yang akan selalu dipersalahkan walaupun si dia yang salah... Cube perhati.... he he

4) Cenderung nak ajak ke manaNi bila dah lame berkapel... tengok si lelaki ni banyak cenderung ke arah mana.... ke arah suka menghiburkan diri ke clubbing ke.....atau suka mententeramkan hati di masjid.... Kalau tak masjid pun, cukuplah selalu menegur kita kalau kita buat salah.... Jangan pulak melenting selepas ditegur.... Jangan pulak sayang lebih kepada pak turut jer.... Rosak korang nanti!



5) Tahap IQ dan EQ..Haaa.....ni penting der....jangan main-main.... orang yang ada tahap EQ yang rendah...suka marah-marah ikut suka hati.... dia tak tahan marah tu...asyik nak lepas jer... tahap IQ rendah pulak....selalu mengambil jalan penyelesaian yang singkat walaupun merosakkan hubungan korang sekalipun.... Takde diplomasi! Ingat tau.... IQ dan EQ tinggi tak semesti belajar tinggi-tinggi.....


 6) Biar boleh jadi Imam....Yang ni sangat penting dalam mengekalkan hubungan kekeluargaan... carila yang boleh jadi imam solat korang... sekurang-kurangnya....boleh qamat pun dah ok.... tapi sepatutnya boleh jadi imam... Macam mane nak test? Haaaa...... Paling senang... bawak jumpa mak ayah dekat rumah dalam waktu nak masuk waktu solat... pastu time masuk azan tu..ajak la solat depan ayah mak tu... Nak tolak...kompem malu kan. Haa....time tu la suruh jadi imam.... pakat-pakat la dengan mak ayah..... Lagi elok kalau solat subuh... Tah-tah bacaan qunut mane la si dia bace kan.....qunut panjang ke pendek... Qunuuuuuuuuuuut..... he he he...

7) Mengaji..
Kalau lulus yang no. 6 tu.. selalunyalulus no. 7 ni. Tapi kalau nak test jugak.... ajak je si dia tu g majlis bacaan Yassin... Memang boleh baca kan... [kalau boleh..he he] Tapi cuba dengar apa yang di baca tu....betul tak tajwid dan cara sebutannya tu.... Tapi part ni boleh terkantoi dah masa jadi imam solat... Suruh dia jadi imam solat maghrib, atau isya' atau subuh...Baru ler boleh dengar bacaannya....:)

8) Ajak berdiskusi...Cuba ajak bercakap pasal agama.... contohnya...keluarkan topik pasal syarat sah solat ker..... atau selit-selitkan hadis nabi dalam terjadinya awan ker.... Contoh....... tengok dia boleh join tak.... Kalau duk diam asyik duk hangguk-hangguk geleng-geleng tu..maknanya tak tahu atau tak berminat.... Korang mau orang macam ni mendidik anak korang nanti??

9) Jumpa mak ayah dia
Ni pun test untuk diri sendiri jugak.... tapi ni jugak test untuk si dia juger.... tengok latar belakang kehidupan dia.... sesuai tak dengan korang? Kalau korang ni seorang yang inginkan ciri-ciri keislaman...tetiba famili dier tu jenis kaki botol.... ermm.... bapak borek, anak rintik kan? Senang citer...tengok depa tu solat ke tak.... si anak ni selalunya menjadikan mak ayahnya sebagai role model...... Betul ke salah? Tanya diri sendiri...:D

10) Test cintanya untuk apa..
Waahh.....ni last but not least la kan..... tapi ni kalau korang betul-betul nak kahwin dengan dia.... Dan dengan harapan dah lulus semua yang kat atas.... Pastikan dia cintakan korang kerana Allah....bukan kerana nafsu seks....bukan kerana harta.....bukan kerana korang tu comel ala-ala cute gitu.... Macam mane nak tahu? Antaranya buat istikharah pun ok.... selalu berbincang dengan si dia pasal kehidupan di dunia dan akhirat....[biasanya sumer elok-elok jer masa kapel kan..he he] Dan bergaduh la...hahaha. Asal aku cakap gitu? Dari pergaduhan atau perbalahan la korang tau sifat dia yang sebenar.... Tapi jangan berulang perkara yang sama.... :D

Bila dah lulus sumer tu....... jangan tunggu lama-lama....kahwin!! Proceed!! Jangan nak buat maksiat pulak! Ingat.....dengan kahwin tu pun....korang dah tunaikan satu kewajipan sebagai hamba Allah di muka bumi nih.. ada orang kata...darjat diri diangkat 20 kali ganda.... maknanya...kalau selalunya korang derma singgit seminggu... darjat dah diangkat menjadi 20ringgit seminggu walaupun korang bagi singgit....:D