Friday, June 22, 2012

Syarat Buat Maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat”.Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?”kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akubertaubat kepada Allah.” Katanya sambil terisak-isak.


Monday, June 18, 2012

Himmah : Surat-surat Suci



Berbunga-bungakah hati kita di saat menatap titipan “rindu”
daripada insan yang tersayang?

Bismillah, terlintas dihati untuk berkongsi sebuah kisah dengan sahabat pembaca. Bukan kisah biasa-biasa, tetapi kisah yang pernah meninggalkan pengaruh dan bekasnya pada jiwa saya.
Begini kisahnya.
Ada sebuah keluarga yang sangat bahagia dan wajah ahli-ahlinya sentiasa dihiasi dengan keceriaan dan kegembiraan. Keluarga sederhana. Seorang ayah, seorang ibu berserta empat orang anaknya. Hidup mereka aman, tenteram dan saling kasih mengasihi.
Suatu hari, sang ayah terpaksa keluar merantau ke luar negara untuk mencari nafkah dan mempertingkatkan lagi pendapatan ekonomi keluarganya. Dirinya sedar, ahli keluarganya kian bertambah dan membesar. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk merantau di negeri orang.
Maka, tinggallah si isteri dan anak-anaknya di rumah. Mereka sebenarnya begitu berat untuk berjauh dengan ayah mereka. Ini kerana, mereka sangat-sangat mencintai, mengasihi dan menghormati ayah mereka yang sangat penyayang itu.
Setelah berada di perantauan yang nun jauh di benua timur sana, sang ayah mulai menghantar surat kepada keluarganya yang dirindui saban waktu. Mana tidaknya, berpisah itu perit rasanya – tetapi apakan daya, dengan tujuan mencari sesuap nasi, pengorbanan ini harus dilakukan. Harapnya, agar surat itu mampu menjadi pengganti dirinya buat seketika.
Ahli keluarganya menerima surat pertama dengan penuh cinta dan suka. Berbunga-bunga hati mereka melihat surat daripada insan yang mereka sayangi tiba di perkarangan rumah. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Dikucup-kucup sebagai tanda rindu. Wah! – Terasanya perasaan itu benar-benar terubat. Itulah penangan rindu! Masing-masing memeluk dan menciumnya bagaikan tidak mahu berpisah dengan surat itu.
Kemudian surat yang berharga itu, disimpan rapi dalam pembalut berwarna emas-keemasan yang indah sekali. Di samping itu, disembur dengan bauan pewangi yang sangat harum. Sekali sekala, sampul itu dikeluarkan dari pembalut untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian, ia akan disimpan semula dengan penuh penjagaan dan penelitian.
Hari demi hari berlalu, tibalah surat kedua, ketiga dan seterusnya daripada ayah mereka. Seperti biasa, surat-surat itu dijaga penuh rapi seperti surat pertama.
Beberapa tempoh masa pun berlalu. Maka, sang ayah pulang daripada perantauannya itu untuk menemui keluarga yang tercinta. Langkahannya dipenuh perasaan rindu yang membuak-buak ingin menatap setiap wajah ahli keluarganya dan terasa ingin memeluk mereka untuk melepaskan kerinduan.
Setiba di rumah.
Alangkah terkejutnya dia, apabila mendapati tiada seorang pun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan perasaan tertanya-tanya dan cemas dia bertanya :
“ Dimanakah ibumu?,”
“ Ibu ditimpa sakit yang teruk. Berbulan-bulan lamanya, kami tidak mempunyai wang untuk menampung kos rawatan ibu sehingga akhirnya dia meninggal dunia.”
“ Kenapa begitu? Bukankah di dalam surat ayah yang pertama ada sejumlah wang untuk perbelanjaan harian keluarga kita? Apakah kamu tidak membuka suratku?”
Jawab anak bongsunya : “ Tidak ayah!,”
Ayahnya melepas lelah lalu bertanya lagi :
“ Dimanakah kakakmu?,”
“ Kakak pernah menulis surat meminta pandangan ayah tentang seorang lelaki yang melamarnya suatu masa dahulu. Sekarang dia telah berkahwin dengan lelaki tersebut. Tapi, malangnya kakak tidak bahagia. Lelaki tersebut kaya, tetapi punyai tabiat yang buruk. Kakak selalu dipukul,”
“ Bukankah, ayah sudah tuliskan nasihat di dalam surat yang kedua tentang hal ini? Pilihlah lelaki yang beragama, soleh dan boleh mendidik. Jangan pilih kerana kekayaan, harta mahupun kedudukan. Kamu semua tidak bacakah semua isi surat-suratku?,”
Jawab anak bongsu itu lagi : “ Tidak ayah!.”
Ayah itu menggeleng penuh kekecewaan lalu menyoal lagi :
“ Dimanakah kedua-dua abangmu?”
“ Ayah, sejak ibu meninggal dunia dan kakakditimpa dugaan sedemikian , abang-abang menjadi liar dan terikut-ikut pengaruh kawan-kawan mereka yang buruk dan jahat. Tidak ada siapa yang boleh nasihatkan mereka. Sekarang, mereka menjadi sebahagian daripada mereka itu.”
Ayahnya kehairanan lalu berkata :
“ Bukankah ayah sudah menulis dengan panjang lebar tentang perlunya memilih kawan yang baik dan jangan sekali-kali berkawan dengan manusia yang jahat. Lambat laun kita akan terpengaruh!. Manusia akan mengikuti keadaan siapa yang mereka bergaul. Tidakkah kalian semua membaca surat-surat ayah itu?
Si anak bongsu itu tertunduk :
“ Tidak ayah. Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut yang cantik dan berbau wangi. Setiap hari kami usap dan cium surat ayah itu sebagai tanda kami rindu dan kasih kepada ayah.Tetapi kami tidak membacanya!.”
Jika dibaca dan diamati kisah ini, pasti ramai yang meragui akan kebenaran cerita ini. Bahkan, mungkin dikalangan kita akan menyatakan bahawa ia tidak logik dan tidak masuk akal sama sekali!
Tetapi, sebenarnya inilah kisah benar. Suatu kisah yang kelihatan tidak munasabah dan tidak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini!

Surat-surat Suci Itu

Kisah benar? Ya. Mari kita semak dalam realiti kehidupan kita.
Kita menerima surat daripada Allah SWT, Rabb Yang Maha Agung, Maha Esa, Maha Penyayang Lagi Maha Bijaksana. Surat yang mengandungi manual panduan kehidupan, ajaran serta cahaya hidayah dalam segenap kehidupan kita. Tetapi, jika disoal kepada diri sejauh manakah kita membaca, memahami dan mengikuti segala panduan yang terdapat dalam surat itu?
Surat itu berdampingan dengan kita. Ianya dikucup, dicium, dihormati dan diletakan ditempat yang tinggi dan rapi. Namun, surat itu hanya tersimpan di rak-rak almari rumah mahupun surau serta masjid sahaja. Surat-surat itu umpama surat suci dalam debu. Apabila ada habuk atau debu, maka kita akan lap dan bersihkan ia.
Surat yang saya maksudkan ini ialah, Al-Quranul Karim! Kalam Allah SWT untuk seluruh ummat manusia. Ia adalah kata-kata Rabb yang menciptakan dan menjadikan seluruh alam ini. Ia umpama surat cinta Allah SWT kepada kita, tetapi bagaimana kita menyantuni dan berinteraksi dengan Al-Quran?
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Dan sesungguhnya kamu telah diberi Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui.”
( An-Naml 27 : 6)
Bukankah ia benar-benar berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini?
Lantaran, memandang Al-Quran dengan pandangan yang sepi tanpa ruh himmah untuk mentadabbur, memahami, menghayati dan mengamalkannya . Seolah-olah, Al-Quran tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan kita pada hari ini.
Lihatlah, apa yang terjadi kepada ummat Islam pada hari ini?
Al-Quran disimpan rapi dirak-rak tertinggi. Benar ia diagung-agungkan sebagai kitab suci dan mulia. Tetapi, jika ianya hanya disantuni sebegini tanpa kita menjadikan bahan rujukan serta bacaan harian, maka kita masih belum benar-benar terpaut dan berdampingan dengan Al-Quran pada hakikat yang sebenarnya.
Ummat Islam diambang kehancuran yang dahsyat. Ditindas, dihina, dibunuh dan dianiaya setiap hari. Kerosakan akhlak menjadi-menjadi, kemunduran mendepani kehidupan ummat, jenayah meningkat mendadak, kemaksiatan berleluasan – malah budaya dosa dipamerkan tanpa rasa malu atau bersalah.
Manakah silapnya? Salah siapakah sehingga hal ini berlaku? Tidak lain tidak bukan,jawapannya ialah kerana ummat ini tidak membaca, memahami, menghayati dan mengambil pengajaran daripada Surat yang dikirimkan Pencipta Yang Maha Esa Lagi Maha Kuasa kepada makhluk-Nya.
Justeru, apakah yang harusnya kita lakukan?
Marilah sama-sama kita kembali kepada Al-Quran. Kita mengambil Al-Quran secara keseluruhnya dan menjadikan ia sebagai asas rujukan utama di dalam kehidupan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang muslim (berserah diri)”.
(An-Nahl 16 : 89)

Tidak separuh-paruh sahaja.
Bukan sebahagian-sebahagian sahaja.
Tetapi, menjadikan Al-Quran sebagai manual kehidupan dalam seluruh aspek kehidupan.
Menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan keseluruhannya.
100 % tanpa suatu pun yang tertingggal.

Jadi, di manakah titik mulanya?

Ia bermula dengan kesedaran, kefahaman dan keyakinan kita.
Oleh itu, mulai saat ini kita mulakan diri kita untuk mencintai Al-Quran sedalam-dalamnya dengan hakikat yang sebenarnya.

Rasulullah SAW berwasiat kepada Abu Dzar yang bermaksud :

“ Engkau mestilah membaca Al-Quran, kerana Al-Quran itu cahaya bagimu di bumi ini dan perbendaharaan bagimu di langit.”

( Sebahagiaan daripada hadis panjang riwayat Ibn. Hibban)

Akhinya, semoga surat suci ini menjadi cahaya yang menerangi kehidupan kita 24 jam. Kepada-Nya kita gantungkan harapan dan bergerak memacu perubahan dengan usaha yang maksima.

Friday, June 15, 2012

PENGORBANAN SUAMI PADA ISTERI/LELAKI PADA WANITA

Pada akhir zaman yg serba canggih dan moden ini,ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yg di lakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yg lelaki korbankan utk wanita ataupun isteri..






1. KAIN, kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung daripada seluar lelaki. Lelaki sanggup beli kain yg banyak utk isteri.


2. MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan mcm lagi mesin kat dapur rumah, semuanya lelaki lebih rela tak pakai, semuanya ikhlas bagi isteri guna.

3. SABUN, BERUS, PENYAPU, sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik. Lelaki sanggup beli setiap bulan utk isterinya sedangkan lelaki tak pernah gunakannya.


4. TUALA, lelaki Cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar- tukar tuala..


5. BAJU, lelaki Cuma pakai sehelai saje baju dlm satu masa, tp wanita pakai dua (baju dalam)..


6. BARANG KEMAS, lelaki tak pun pakai rantai emas, subang emas, gelang emas. tp beli jugak utk isteri.

7. ALAT SOLEK, lelaki rela tak pakai gincu, maskara, eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi Sanggup beli utk isteri.

8. KASUT, lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumit tinggi.

9. REHAT, 90 hari wanita di beri rehat slps melahirkan anak sedangkan lelaki mungkin akan diberhentikan Kerja kalau rehat sebegitu lama.

10. AMBULAN, setiap kali nak melahirkan anak, wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki, Cuma ikut dr belakang dgn kenderaan sendiri.





MORAL : JGN DERHAKA PADA SUAMI..TAK ELOK TAU.. HAHAHAHA... (walau pn aku blum kwen, sja jew kasi gimik ckit)


Jgn marah ye kengkawan ;D

13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan


Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2

Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–