Monday, November 19, 2012

Tazkirah Malam Ini : Boikot, berjayakah?

SUMBER RAKAN FB KITE...


Bismillah.. Isu boikot. Sudah lama dah kan? Berlalu begitu sahaja? Kan.. Ye lah, tak siapa ambil peduli macam dahulu dah.. Dulu semua semangat nak boikot. Sekarang, hmm... Nampak Mcdonald, makan Starbucks, jumpa Tesco, dah macam tiada effect.. Sedih. Sangat sedih.. Mari kita renung-renungkan sedi

kit info yang akan diberitahu di bawah. Wallahualam.. Ok, bismillah!

Isu boikot ini, sangat berkait rapat dengan pemboikotan barangan Israel dan Yahudi. Semua ini tak lain dan tak bukan, bertujuan untuk saudara-saudari kita di Palestin sana. Penting ke isu boikot? Penting ke boikot barang?

Saya malam ini, tak mahu bercerita panjang mengenai hukum boikot, atau cara-cara nak boikot, syarikat apa perlu diboikot atau sebagainya. Cuma malam ini, saya lebih mahu menegur dan mengingatkan sesama kita, mengenai pendirian kita, terhadap kesedaran saudara-saudari kita di Palestin sana.

"Ala, kalau aku seorang je boikot, bukan ada effect pun. Kaya jugak syarikat tu. Tak effect pun aku sorang je boikot"
"Tunggu bila ramai boikot baru aku boikot"
"Boikot? Ala susah laa.. McDonald sedap kot! Promosi lak tu"

Selalu sahaja dengar alasan dan komen insan muslim, seperti di atas. Ok, sekarang kita lupakan mengenai boikot kita menjadi ke tidak, berhasil ke tidak. Ramai perlu boikot, atau masih sedikit yang boikot. Tapi jom kita fikirkan tanggungjawab, dan hak kita dulu.

Suka sekali saya nak petik kisah seekor burung kecil yang mengambil air menggunakan paruhnya. Ingat tak? Ala, yang dia berusaha nak padam api yang sedang membakar Nabi Ibrahim yang telah dibakar hidup-hidup. Namun atas perintah Allah Taala, api itu tidak panas, malah sejuk sahaja.

Ingat lagi, kawan-kawan burung itu mentertawakan dia, sebab paruhnya kecil, tapi nak padam api yang besar sangat tu? Tahu tak apa jawapan burung itu?

"Tak kisah la api ini padam atau tidak. Tapi at least di akhirat kelak, aku ada jawapan untuk jawap depan Allah, aku dah tunaikan tanggungjawab aku. Sekarang bukan isu api terpadam atau tidak, tetapi aku sudah laksanakan hak aku, tanggungjawab aku. So, insha allah terlepas lah aku daripada disoal mengenai tindakan aku apabila melihat Nabi Ibrahim dibakar"

Lebih kurang macam itu la ayat dia. Bukan sebijik ayat dia pun. So nampak tak kaitan kisah ini, dengan kisah kita sekarang? Ramai orang yang mengatakan, yang boikot kita ini tak berhasil pun. Boikot kita ini perlu la ramai-ramai buat, baru lah ada effect. Setakat sorang muslim, memilih untuk ke kedai kopi Pak Tam instead of going to Starbucks, seorang sahaja, tiada effect mana pun.

Well, ingat balik kisah burung tadi. Bukan isu sama ada syarikat Yahudi dan Israel ini akan rugi atau tidak, bukan isu mereka akan stop perang Palestin sebab kerugian segelas kopi di syarikat mereka. Bukan!

Tetapi ini ialah isu tanggungjawab kita! Isu hak saudara kita, yang perlu kita penuhi! It's not about the money, or the profit/loss of the company! It's about our responsibility!

Ya Allah! Sanggup ke kita dipersoalkan di akhirat kelak, apa usaha kita untuk menentang syarikat-syarikat Yahudi yang banyak 'manja' dengan saudara kita di Palestin?

At least kalau kita seorang sahaja yang boikot, kita seorang sahaja yang prefer untuk mengelak daripada membeli daripada syarikat ini, daripada kalangan 100 sahabat kita, so be it! Kita menunaikan tanggungjawab kita! Kita ada jawapan nak bagi, bila Allah persoalkan kita di akhirat kelak!

Sebagai kesimpulan, saya ingin tekankan lagi sekali, bila diejek atau ditegur orang, yang boikot kita ini tak berhasil. Tak menjadi. Jawab pada mereka, berhasil tak berhasil, menjadi tak menjadi, bukan isunya. Tetapi yang penting aku dah laksanakan tanggungjawab aku. Sebagaimana burung kecil, membawa air dalam paruhnya yang kecil itu, cuba untuk memadam api yang besar, walaupun dia tahu yang paruhnya hanya membawa air yang sangat sedikit, dan tak mungkin mampu memadam api itu.

Jom jadi burung kecil itu!

Wallahualam..

Dakwah di mana-mana sahaja yang termampu, insha allah

p/s :
Saya bukan menghina atau mengutuk pekerjaan mereka yang mendapat sumber rezeki daripada syarikat-syarikat itu. Saya hanya ingin mengajak saudara seagama saya untuk membuka pemikiran kita, agar tidak terlalu terbatas pada soal boikot itu berhasil atau tidak. Maaf bagi pihak yang tersinggung.

"It's not about the result. It's about the act."

#PrayForGaza

Tuesday, October 30, 2012

Kisah Di Negeri Orang

KALAU ADA SESIAPA YG MASIH BELUM BACA KISAH NI BACA LAH....BENAR2 MENYENTUH HATI... BAGAIMANA DENGAN ANDA???



Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.

"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.

Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."

Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?

?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.

Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...

"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....

Assalamualaikum.

Abang...

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...

Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

Abang...

Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.

Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....

Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...

Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.

Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...

Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Ani.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......

"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

Ya Allah...

Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.


sumber dr rakan fb jieyfa mh

Monday, October 29, 2012

Allah selalu permudahkan urusan kita..

Bila 1 hari aku bagitau seseorang yang aku memohon supaya Allah mempermudahkan urusanku setiap hari,jawabnya pada aku..

Allah selalu mempermudahkan urusan kita,tapi kita yang selalu menyusahkan segalanya…dan aku selalu mengulang ingat tentang

bait2 itu…kerap pula aku berfikir tentang logiknya kerana aku berdoa atas sesuatu yang belum pasti,maka selayaknya aku

berharap yang urusan itu dipermudahkan…

Dalam pada aku meniti hari2 yang datang,aku menerima khabar gembira dari seorang teman,bakal menjadi tunangan orang…

Bunga2 kebahagiaan itu makin mekar dalam hatinya…

Bila bicara soal bahagia begini…

segala macam perancangan hadir dalam benak fikiran masing-masing,termasuk aku…mengangankan hari bahagia itu memang lumrah

wanita kan??=)

Maka,otak ligat membayangkan hari pertunangan..majlisnya akan dihadiri sahabat dan saudara…

Cincin yang tersarung bukan 1,malah mngkin 2…cincin merisik dan cincin bertunang…

Soal hantaran mula dibincang…berapakah?cukupkah?dan siapa yang menetapkannya?

Bagaimana dengan barang2?hendak dibalas berapa dengan berapa?

Kalian sajalah yang menjawab kerana aku masih belum mengalaminya….

Bagaimana dengan majlis perkahwinannya nanti?

Mahu bersanding?bagaimana dengan pelaminnya?berapa kos yang perlu ditanggung?makanannya?aduhaii….

Tiba2 otak aku berputar ligat tentang seorang hamba Allah…

Dia bercerita tentang majlis yang bakal dilangsungkannya…

Aku tanyakan tema majlisnya…dan ini jawapannya..

”Masa bertunang nanti akak akan pakai 2 pasang baju..temanya haruslah putih….masa nikah akak akan pakai warna hijau,masa bersanding akak akan pakai warna maroon,dan ada juga beberapa persalinan yang nak dipakai nanti..akak da jumpa dengan wedding planner,rias pelamin tu mesti dengan bunga-bunga segar,dan majlisnya mesti dibuat di dewan…tak sabar rasanya nak tunggu hari tu nanti..”

aku tercengang tanpa kata…

Lalu aku usulkan lagi..

”Akak jumpa wedding planner?erm..mesti mahal bayarannya kan?”soalku takut2.

Dia pandang aku dengan muka bahagia.Katanya,

”Ish,xde la..bakal suami yang nakkan macam tu..Bila dia tanya citarasa akak,akak bagitau je la macam tu,lagipun kawin ni sekali seumur hidup..

Erm,bakal suami amik pakej RM60k…”

Aku bisu terus…

Jari jemari mencongak nilai RM60k…

Otak ligat berfikir…

RM60k..

Adeh..sesak nafas sekejap…


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa’ ayat 36:

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan dirinya.


Hurm..itu kisah orang yang mampu..Yela,kalau xmampu,xde la dia nak menanggung kos sebesar itu…

Bagaimana dengan kisah orang yang tak mampu,tapi punya keinginan setinggi itu?

Tak lain tak bukan,loan la jawabnya…

Berapa pula nilai yang harus dipinjam?Selama mana harus dilangsaikan?Persoalan demi persoalan harus dirungkai…

Dan yang penting,adakah kita mempermudahkan urusan tersebut?

Aku tak pernah terfikir tentang semua ini sehingga lah aku mendengar tentang cerita2 semasa kawin yang masih belum selesai

sehingga selepas kawin…Pinjaman yang belum langsai,hutang yg belum dilunaskan..(malah ada yang dah buat2 lupa..)

Aku tak merasa,tapi sekurang2nya aku melihat dan mengetahui kesan2nya…

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan. (Riwayat at-Tirmizi)

Aku memasang impian,kalau lah suatu hari nanti aku disunting,biarlah urusan pernikahan berakhir disitu juga..Usah dibawa-bawa hingga

beberapa tahun perkahwinan…

Permudahkanlah ia…

Aku pernah membaca tentang biografi isteri Tok Guru Nik Abdul Aziz..

Dan ada salah 1 bab di mana beliau menceritakan tentang perkahwinan anak perempuannya…Tentang kerisauannya bila anaknya

disunting,berapakah nilai hantaran yang bakal diletakkan dan bagaimana urusan majlis tersebut.

Usai berbincang dengan suami tersayang,maka ditetapkan hantaran hanyalah sebanyak RM1000.Itu pun dengan niat semoga masyarakat juga tidak terikut-ikut dengan meletakkan hantaran yang tinggi.Sudahlah nilainya tinggi,membebankan pula…

Apa pendapat kalian?

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Furqan ayat 67:

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Kenapa mesti mengikut kemampuan orang lain sedangkan kita tidak mampu?

Dan kalaupun kita mampu,kenapa perlu membazir dengan segala yang tidak perlu?

Kita sewajarnya tidak terlalu ghairah berbelanja besar sehingga lupa bahawa selepas majlis perkahwinan,kita akan memulakan hidup baru bersama pasangan di rumah sendiri. Bagi yang merancang tinggal bersama keluarga atau mentua, mungkin mereka agak kurang bermasalah dari segi menyediakan perkara asas. Tetapi bagi mereka yang ingin tinggal bersendirian, rumah sewa sepatutnya sudah diperoleh dua atau tiga bulan sebelum berkahwin.

Sekiranya kita membudayakan majlis perkahwinan yang sederhana, sudah tentu perkara-perkara negatif seperti berhutang, menunjuk-nunjuk, membazir dan sebagainya dapat dijauhi. Perkahwinan adalah ibadah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Namun jika ia dicemari dengan perkara- perkara yang tidak baik, dibimbangi nanti matlamat untuk melaksanakan ibadah tidak tercapai.

Fahami kembali konsep perkahwinan itu…

Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita harus mendepani rumahtagga yang akan kita bina?

Jangan nanti majlisnya mencecah ribuan ringgit,tetapi hanya sekejap cuma…

Hamparkan segala harapan pada Allah..Biarkan Dia yang menilai..

Sesungguhnya Dia telah mempermudahkan jalan dan setiap urusan

Terpulang kepada kita untuk mengikutinya atau memilih untuk menyusahkan diri…

~cinta itu milik Allah..dan bila aku menyatakan rasa itu pada seorang hambaNya,ketahuilah..itu adalah permulaan kepada kepercayaan.

dan bila ia dikhianati,segalanya akan hilang diantara kita…tetapi Allah masih lagi ada untukku~

sumber: seorang rakan...


Nota Kaki: kita sendiri yang menyusahkannya kerana terikut-ikut akan hawa nafsu kita…

Tuesday, October 16, 2012

cEr!a pAg!iii...............~~


~~>
Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.
Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.
Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.

“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.

“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.

“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”



~~>
Bgaimana Hendak Mengenali Pak Pandir

* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia sedang baca email in



~~>
Isi Borang Untuk Kerja Kosong

17
FEB
Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.

Name : Ajoi
Age : Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before

Race: I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??



~~>
Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek…

Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsa
fah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan… "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..". Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak.. Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.. "Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi.. hakim berkata… "Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan.



~~>
l kisahnya...seorang pemuda sedang berbual dengan tauke kambing di tepi padang rumput sambil memerhatikan 2 ekor kambing..seekor warna hitam dan seekor lagi warna putih...
Pemuda tersebut memulakan perbualan..

Pemuda : Baguslah ternakan kambing pakcik.Boleh saya tanya sikit?
Tauke : Boleh je.

Pemuda : Berapa jauh kambing-kambing ni berjalan setiap hari?

Tauke : Yang mana,yang putih atau yang h
itam?

Pemuda : Yang putih.

Tauke : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Tauke : Yang hitam pun sama.

Pemuda : Berapa banyak lak rumput kambing-kambing ni makan setiap hari?

Tauke : Yang mana,yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Tauke : Ooo, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Tauke : Yang hitam pun sama..

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Tauke : Yang mana,yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Tauke : Emm...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Tauke : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan kambing-kambing pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama je?

Tauke : Mestilah..sebab kambing-kambing yang putih itu pakcik yang punye.

Pemuda : Ooo,gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Tauke : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Arghhhhhhh... tensionyaaa..pakcik pun sama dengan kambing.


~~>
HARAM BERKAHWIN WANITA SATU PEJABAT ! !

Mie : Aku nak kawin la Joi...
Joi : Dengan budak mana?
Mie : Satu pejabat...
Joi : Ish mana boleh kawin satu pejabat…haram tuh!
Mie : Eh, apasal lak haram? Ko ni da terikut ajaran sesat ke ape?
Joi : Aku pun alim gak la...aku pon ada dengar ceramah gak kat masjid..
Mie : Ok, bagitaw aku..sebab apa sampai jadi haram?
Joi : Islam suruh kawin paling ramai 4 or
ang je... kalau dah satu pejabat ada 20,30 org perempuan, tu kan ke haram..
Mie : $#@%^&* =.=" Podahh!

♥ Hahak! =')

Monday, October 15, 2012

Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu


Selepas kahwin nanti,
♥ Isteri masak ~> suami makan.
♥ Suami imam ~> isteri makmum.
♥ Suami baca doa ~> isteri aminkan.
♥ Isteri merajuk ~> suami pujuk.

~♥~>Hidup saling melengkapi selepas perkahwinan. Bahagia kan? (,"(",)~

~♥~> Itulah KEMANISAN sesudah sebuah PENANTIAN ♥
Walaupun PENANTIAN itu satu PENYIKSAAN tapi percayalah sebuah penantian yang disandarkan kepada REDHANYA tak kan sia2 dan kita akan merasai satu ANUGERAH yang terhingga dari sebuah PENANTIAN yang penuh dengan KESABARAN itu (,^^(^^,)

Hayatilah satu kisah ini...


Isteri : Mengapa abang sayangkan saya? Mengapa
abang cintakan saya? Mengapa abang menyukai
saya?
si suami tersenyum mendengar soklan si isteri, lalu
dengan tenangnya si suami menjawab…


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya,
namun begitu abang memang menyayangi,
mencintai dan menyukai Sayang!
si isteri tidak berpuas hati dengan jawapan si suami
lantas berkata…
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang, cinta
dan sukakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

si suami meyakinkan isterinya…
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang
boleh buktikan bahawa abang memang cintakan
Sayang!
si isteri mula berasa curiga dengan jawapan si
suami lantas meninggikan sedikit suara…
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-
kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan
teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan
syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang
cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang
dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan
senyuman manis dan setiap tapak Sayang
melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminyan. Namun begitu selang
beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada
isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan
koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap
mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu…
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu
aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku
mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu…
sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh
itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang
bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.
Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih
mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak
perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan
terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun
begitu… ia boleh dirasai dalam hati

Monday, October 8, 2012

WAKTU UNTUK MUHASABAH DIRI

~~Cinta sejati hanyalah untuk yang ikhlas mencintai dan menyayangi diri ku....krn ALLAH.

JIKA ADA SESIAPA MNTA CNTAMU, KATAKAN IA UNTUK ALLAH, RNDUMU UTK RASULULLAH, & KASIHM UTK IBUBAPAMU, TP JKA DPNTA KEIKLASANMU BERILAH PD YG TAHU MENGHARGAINYA.


~~Bila kahwin masuk NONA , bila cerai masuk MELODI , bila gossip masuk PROPAGANZA , bila anak-2 buat jahat masuk 999 , mak bapak tinggal dkt kampung masuk BERSAMAMU .

#FAKTA putus cinta masuk FACEBOOK , putus kawan masuk TWITTER , putus harapan masuk YOUTUBE. banyak masalah,nape tak masuk MASJID?

Jika engkau bertemu dengan orang yang
LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau
MENIMBA ILMU.

Jika engkau bertemu dengan orang yang
SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau
BERKONGSI ILMU.

Jika engkau bertemu dengan orang yang
KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau
MENYAMPAIKAN ILMU.

Jika engkau bertemu dengan orang yang
banyak BICARA PERKARA AKHIRAT,
itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

Jika engkau bertemu dengan orang yang
Banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk
engkau DIAM & BERLALU PERGI.

-Astaghfirullahal'azim..


~~Yg membuat kita Kuat adalah Do'a.
Yg membuat kita Dewasa adalah Masalah.
Yg membuat kita Maju adalah Usaha Keras.
Yg membuat kita Hancur adalah Putus Asa.
Yg membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian.


~~Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT,
Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa....

P/S : Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk sihat dan bernafas hari ini..

Sunday, October 7, 2012

Dalam kesibukan dengan kerja


Salam uguzzzsss....

mekacih kt uolss y wish besday 4 me....thanks muahxx...y pling bez..de sorg kwn jieyfa y wish supaya
jieyfa mh cpt gmuk...i like thp gler....hahaha..uolss jgn myampah tw...jieyfa mh sje mceria kn ati sndiri...
ermm..mr right jieyfa xblik this week..jieyfa kesunyian lg..hehe..tgih simpati skit...tp..tp..uolss jgn jelez..jieyfa celebrate besday kt mne ek??..picnic kt pantai tw....celebrate sesame fmly je...tp time 2 jieyfa ttggl cmera kt umh sewa...so pic ade kt lam kmera abg jieyfa,,,...xdpt nk upload lg..lum smpat nk copy lg..ngenge~~~


jieyfa kt opis lg time taip entry ni..sje mghlangkn rase stress..bnyk keje nk kne sttle...mmg pning..tp tpkse profsional dlm keje....sume kgiatan sosial jie tgendala di sbbkn jieyfa xbleh nk cria sgt..kne peka dgn tugas tkini....xpe susah skarang..insyaAllah Allah permudahkn di kemudian hari..dlm main jieyfa...org len leh buat..knp jieyfa xblhkn....kne bnyk bsbr....


jieyfa ade nk share satu ayat y wt jieyfa tsnyum pg ni..ni nah..bace jgn xbce....

....."Awak2.. Maaf tumpang tanya? Lorong CINTA, jalan SAYANG, kampung RINDU, daerah KASIH SAYANG, poskod 1.4.3 pekan HATI, bandar I MISS YOU. Dekat mana ya ?
Teman istimewa: Awak jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang 3 masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH, sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan, kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar PERSIAPKAN diri.. Haa tu tandanya awak berada di jalan yang betul , semoga sampai. Cinta ALLAH cinta abadi....(^___^) khas buat mu teman istimewa.......

Monday, September 24, 2012

Muhasabah diri..

TULISAN USTAZ PAHROL MOHD. JUOI

Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.. Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?
Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan, ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.
Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216
Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

Friday, September 7, 2012

BUAT TEMAN2 YG AKAN AKU RINDUI…..


Salam semua….untuk entry kali ni khas untuk kwn2 jieyfa y ade kt gompak (staf  PLSB)…jieyfa nk ucapkn ribuan atau jutaan time kasih kt uoolls sume..atas jasa bek uolls..da bnyak  bantu jieyfa….drpd jieyfa xtw selok belok kt tempat org..smpai la jieyfa tw…di saat jieyfa hmpir jatuh tsungkur..uoolss ade sebagai pembakar semangat n pemberi motivasi…smpai jieyfa boleh bangkit semula…time kasih juga kt uools sabar melayan kerenah jieyfa slme ini dan memberi jieyfa peluang untuk mejadi kwn2 uolss.. time kasih atas segala tguran, bimbingan dan prihatin kalian untuk jieyfa….

Dan juga kesempatan ni jieyfa nk mintak maaf kalau ade tkesar bhase…tsilap ttur kata shingga mguris ati uools…jieyfa mntak maaf dr hujung rmbut ke hujung kaki…halal kn lah kalu ade y tmakan n tminum…huhuhu,…(raih simpati la plak)….

Untuk kata kak atym…nurul doakan cepat2 kwen n cpt dpt baby..klu kwen 2 jln lupe lak nk ajak nurul..nurul tggu undangan dr k.atym ni…huhu..nnti klu ade mai jln tganu…jgn wt2 xtw lak kgunaan hp..klu nurul tw kak xgune hp dgn sebaik mgkin…nrul cmpak je dlm laut…amacamm….ok kn….thanks ek kak atym da byk tlg nrul..msti indu nk rempit pg2 dgn mata y mgantuk n dgn xd mood nye nk pi keje…msti rindu cik ego...ngengenge….

Untuk kak za…insyaAllah nurul ushakan dtg ari bhagia k.za….tp klu xdpt dtg nurul kirim kn doa n adiah je la…leh kn…nurul nk ucap time kasih kat k.za..da byk bg tunjuk ajar kt nurul slme ni…nurul da anggp k.za mcm kakk nurul sndiri…nurul nk mtx maaf klu de silap kata atau tgkah laku y k.za xsuke….da xblh da nk kuar pi buang smpah kt giant kn kn kn..

Untuk sarah comel…”sarah…ade org ckp sarah comel la..”
msti akak tsgt2 indu kt adik akak y sorng ni…da akak anggap cm adik akak sndiri..klu ade sarah kecik ati dgn akak..akak mtx maaf la ek…time ksih da byk bantu akak…klu dtg ganu jgn lupe gtw…jgn lupe lorat tganu tw…bile dtg tganu sarah xkn mudah ditipu oleh pniaga y mencekik darah jew keje nye…ermm…hah xlupe jgk nk ckp thanks byk2 sbb da ajr nurul makan pg..hehe…ni time first mkn pg bantai nasi lemak.. http://rajifah3313.blogspot.com/2012/07/nasi-lemak-sleeping-beauty.html...
 klu gelak 2 jga2 la tgn ye..!!..n nnnti klu de pluang leh ajar nurul berenang lg tw…sarah xlapar kn????..indu sarah sgt2…

Untuk k.ila…mula2 skali msti la nurul nk mtk maaf..slalu je slh fhm gn akak..arap akak xsimpan dlm ati..ye la cmne x bising hmpir 24 jam kte nmpk muke sme je…lidah lg tgigit…ni kn plak adik kakak…thanks ye kak…bnyk tlg nurul…tumpngkan nurul pi keje…time mula2 nurul dtg sni…kdg2 time hujan…time k.atym xsihat…time farisha xleh mai ambik….akak la penyelamat knkn…(bodek jew keje)…thanks…ingt nurul slalu tw..nnti leh pi putrajaya lg ek….

Untuk k.min…hey..mis beauty…xslalu dpt lepak sesame..tp k.min slalu ade time nurul btol2 xtw nk bgantung arap pada org len…thanks sllu bg nurul pnjam brg2 akak…tin ton..heheehe…nrul sgt bangga dgn akak..wlupun akak cntik …nk sempurna..tp akak still leh kwn dgn semua org…xmemilih2..nnti klu de kksempatan leh la ajak nurul pi genting lg knkn…http://rajifah3313.blogspot.com/2012/07/post2-dengan-kwn2-aqu-kt-genting-y.html.. kwen2 jgn xajak knurl…xsbr nk tgk org 2 naik pelamin…nurul jgk nk mtx maaf klu ade slh n slip….
Untuk bed…wlaupun bed xduk kondo sesame dgn ktorg..tp sy nk ucp time ksh jgk…sllu mgembire kn ati ktorg…xkn lupe komen2 bed y mmg gempak…xkn lupe dgn pggilan “bedbed”…jgn marah….klu ade kt alam maya 2 …jgn lupe untuk pulang ke damansara damai…alamak..ape aku merapu ni…ni  sah2 berjangkit dgn ko ni bed….maaf klu de slme ni nrul sgaje skit kn ati bed …nurul mtx maaf key….

Untuk wani…walau pun bukan staf PLSB…nurul still nk masukkn name wani..walaupun kite xsempat nk gelak ketawa dlm tempoh mse y lame…xsempat nk lepak n terjun kolam same2.,…tp kite same2 doakan hubungan peshbtan ni xhbis smpai sni….n nurul jgk nk mtx maaf klu ade wani slp kata n tgkah laku..soryyy………

k salam ppisahan sume...by

Monday, August 27, 2012

MEMINANG & BERTUNANG


Selepas adat merisik dijalankan seperti dalam entry sebelumnya, MERISIK & DIRISIK, adat meminang atau bertunang pula dijalankan. Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.


Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.


Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai 'putus cakap'. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah:

1. sebentuk cincin berbatu intan atau berlian
2. sepasang kain dan selendang
3. selipar atau sepatu
4. kuih-muih
5. manisan
6. sirih junjung (yang paling utama dan dianggap sakral)
7. separuh wang hantaran (disebut kemudian dalam Adat menghantar belanja)


Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa:


1. sirih junjung
2. sepersalinan baju melayu
3. capal
4. kuih-muih


Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.


Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :


• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.


• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.


Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.


PERTUNANGAN DI SISI SYARAK


Terbahagi kepada lima cara:


  1. Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
  2. Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
  3. Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
  4. Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
  5. Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
  6. Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.



PERTUNANGAN DI SISI ADAT


Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki . Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.


Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


HEBAHAN PERTUNANGAN


Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


WAKTU PERTUNANGAN


Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.


Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan.Justeru, alam pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina. Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar..


'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'




Tuesday, July 31, 2012

Hukum Pakai Contact Lens pada Bulan Ramadan


Apakah Hukum Memakai Kanta Mata / Contact Lens di Bulan Ramadhan





Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:
“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”
Wallahu alam.



Thursday, July 12, 2012

Sejauh mane Kebenaran Ditindih Jin Ketika Tidur, benar atau mitos?

SAlam kekawan...
smlm aku di tindih jin atau syaitan...
setelah aku mengkaji ke kesahihan statement 2..
 aku ade tbace satu blog ni..(http://themijots.blogspot.com)
so..aku tringin nk share dgn sume org...

Ditindih Jin Ketika Tidur, benar atau mitos?


Assalamualaikum, saya sengaja ingin bercerita sedikit tentang kejadian yang sering berlaku diantara kita yang ditindih ketika tidur/bangun tidur. Adakah anda pernah lalui kejadian sebegini?. Bagi saya, masyarakat kita sering menganggap bahawa fenomena ini berkait rapat dengan Jin/Syaitan. Kenapa?, mungkin masyarakat kita terlalu berpegang dengan kepercayaan tahyul. Namun begitu, tidak semua individu mempercayai nya. 



Sebelum itu, saya ingin memberitahu bahawa, saya tidak pernah mengalami gangguan sebegini ketika tidur mahupun bangun tidur. Alhamdulilah.
**sebab aku kalau dah tidur, memang tidur mati, sampai semua benda yang nak kacau aku menyirap hahahahah. OKAY STOP AMEZY!, ini bukan entry lawak, ini entry kau nak berdakwah!. okay sambung baca =.=.


Okay, banyak cerita cerita tentang fenomena ni sebenarnya. Contoh yang saya selalu dengar:
* Badan aku kene tindih dengan objek berat, tapi aku tak nampak pun objek tu.
* Aku nak menjerit tapi suara aku tak keluar.
* Badan aku berpeluh peluh masa tu sebab aku nak cuba bangun.
* Aku rasa macam kene himpap dengan lori balak
* Aku cuba untuk bangun hampir 25 minit.
* Malam tadi aku kene tindih kat katil aku, sekarang aku bangun dah ada kat hospital.
* Muka aku warna ungu (pucat)





SLEEP PARALYSIS




Adakah benar jin atau syaitan menindih anda ketika tidur?. Saya masih tidak boleh memastikannya. Dalam segi saintifik pula, Fenomena ini dipanggil sebagai "SLEEP PARALYSIS". Sleep Paralysis atau dalam bahasa melayu nya ialah "Paralisis Lumpuh". Ia terjadi apabila kita hendak memasuki ke fasa tidur dan hendak ke fasa bangun tidur. Apabila kita hendak ke fasa tidur, otak kita akan shut down perlahan lahan. Apabila otak kita dah fully shut down, badan juga ikut sama shut down kecuali Jantung (bernafas).


Antara otak dan badan kita, akan wujud Disconnection. Disconnection inilah yang akan menyebabkan Sleep Paralysis. Contoh yang sering dikaitkan dengan Sleep Paralysis ini seperti, ketika tidur dengan lena dan terbangun secara tiba tiba (terjaga). Berbalik kepada Disconnection tadi, otak dan badan akan terkejut. Otak akan lambat menyalurkan signal mengarahkan badan untuk bergerak. Oleh kerana lambat menerima signal dari otak, badan gagal untuk melakukan sebarang pergerakan. Jadi, disinilah terjadinya Sleep Paralysis. Boleh paham?.


Punca Sleep Paralysis ini terjadi mungkin disebabkan, 
* Tidur terlentang dalam masa yang lama. 
* Stress. 
* Jadual yang padat. 
* keletihan yang teramat sangat.
* Tidur dalam keadaan yang salah, dan sering kebas.
* Terjaga dari tidur dan bangun dengan secara tiba tiba.
* Mood yang selalu bertukar.


Sleep Paralysis ini sangat berbahaya. Contoh, ketika kita mengalami sleep paralysis, mungkin kita juga akan diserang oleh "attack panic", iaitu rasa panik yang teramat sangat menyebabkan jantung kita gagal berfungsi dengan baik (asma/sakit jantung), dan selepas itu MATI. Ingat, ada kes mati akibat sleep paralysis ni. Jadi, ketika kita diserang sleep paralysis tolong jangan panik. Kerana itu akan membuatkan umur anda menjadi lebih panjang. haha. 


Okay berbalik kepada kepercayaan masyarakat kita yang sering dikaitkan dengan tahyul. Saya mempunyai banyak cerita ditindih hantu ketika tidur ni dar kawan kawan. Macam macam cerita yang saya dengar, Walaupun seumur hidup saya, saya tidak pernah mengalami fenomena sebegini. Tapi, gangguan lain masih ada. Ketika saya melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi saya sering diganggu di asrama, dimana asrama itu dikatakan "keras". Pada satu malam ketika saya hendak tidur, selimut saya seolah olah ditarik dengan secara perlahan lahan, saya tersedar dengan pergerakan selimut itu, saya tidak hiraukan. Lalu saya menarik semula selimut itu dan pegang. Sambil mengereng dan pejamkan mata, selimut saya masih bergerak. Apa yang sedang terjadi? sedangkan saya masih pegang selimut itu. Seperti ada yang menarik. Saya bingung, apabila mula rasa tak sedap hati, Saya majukan diri untuk memetik suis lampu, namun tiada apa yang saya lihat kecuali selimut saya jatuh dilantai dan kawan saya yang sedang tidur lena dibuai mimipi yang indah. Tak silap saya, masa tu pukul 2:30pagi. Keadaan yang sunyi turut membuatkan saya seram sejuk apabila merasakan saya soorang sahaja yang masih belum tidur ketika itu. Namun begitu, saya masih ingat akan pesanan mak saya dan saya tahu serba sedikit untuk menghalang diri dari diganggu jin atau makhluk halus. Dengan berberapa surah Al-Fatihah yang dibaca berulang kali saya melangkah masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk. Lalu menuju ke katil dengan berselawat. Apabila sampai ke katil, saya menadah kedua belah tangan dan membaca 3qul. Dengan keizinan nya, saya dapat tidur dengan lena sampai terlewat masuk ke kelas keesokkan harinya =.= .


Perkara yang terjadi pada saya malam itu, tidak saya menganggap ia datang nya dari makhluk halus ataupun jin, kerana saya hanya ingin mencegah dari sebarang mala petaka. Bukan itu juga, saya mahu tidur yang lena tanpa ada sebarang gangguan. 


Jika kawan kawan saya mengadu badannya sakit, atau ditindih hantu ketika tidur saya cuma kata "kau try baca Al-Fatihah, Selawat ke atas Nabi, Wuduk, lepas tu baca 3Qul, kalau kau ingat Ayat Kursi lagi bagus".
Macam ada kes malam tadi, kawan saya (Putri) mesej pukul 3:00 pagi dia kata macam kene tindih, badan susah nak bergerak 100%, saya suruh dia berwuduk dan berselawat. Tapi dia kata, dia tengah cuti. Dalam kes dia ni macam payah sikit lah, tapi masih boleh ikhtiar. Walaupun anda sedang haid anda masih boleh berwuduk kerana hukumnya sunat, bukan haram. Jadi tak salah. Jika mulut anda susah untuk mengeluarkan suara, jangan takut. Ingat, dalam Al-Quran ada kata kita semua ada dua mulut, mulut lagi satu berada didalam hati. Jika ketika itu anda merasakan seperti ada sesuatu objek yang berat menindih anda, pejamkan mata lalu berselawat dan membaca 3Qul atau baca Ayat Kursi. Insyallah, gangguan itu akan hilang.


Saya bukan lah pandai sangat dalam hal hal macam ni, saya mengaku saya tidak berpengalaman merasai fenomena ini, tapi istilah "DIKACAU SYAITAN/JIN/MAKHLUK HALUS" itu kita boleh ikhtiarkan sendiri. Cuma yakin pada diri. Dan perlu tahu asas ilmu keagamaan ini. Penting!, sangat penting!. Saya mendapat tips atau amalan ketika sebelum tidur daripada Abu Zulfiqar Amsyari, baca ni. 


* Berwudhuk (sekiranya selepas itu terbatal, tak mengapa tapi jika dapat dikekalkan sehingga      lena adalah lebih baik).
* Sebelum meletakkan tubuh ke tempat tidur, sapu sekali lalu dengan tangan ataupun kain            sambil membaca Bismillah (atau apa-apa zikir. Amalan ini sebagai mengikut sunnah Nabi,        dan mengelakkan daripada kita tertindih makhluk2 halus yang mungkin sedang berehat di          pembaringan kita.
* Baca 2 kalimah syahadah, selawat ke atas Nabi, Al Fatihah dan Ayat Kursi (sekadar saranan)
* AMALAN YANG JANGAN DITINGGALKAN - Tadah tangan macam berdoa, baca 3 Qul,          hembus ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. Ulangi 3 kali. Dengan izin Allah, amalan    3 Qul ini sudah cukup untuk mengelakkan daripada ditindih.
* Mulakan berbaring dengan mengereng ke sebelah kanan terlebih dahulu (mengikut sunnah        Nabi). Jika selepas itu mahu diubah kedudukan, tidak mengapa.
* Sebelum lena, fikirkan perkara yang baik-baik. Jika dapat berterusan berzikir sehingga lena      lebih bagus. 



 kalau kau susah nak tidur, kau berzikir lah. kau baca zikir ni. 


tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah [2x]
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi ya allah [2x]

ya allah
syumu silhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada [2x]
bihinnas lahu min kulli aza
bi qadrillahi ya allah 


Okay, sesiapa yang pernah kene fenomena ni, conform sekarang tertanya tanya, aku ni SLEEP PARALYSIS ke atau betul betul KENE TINDIH?, haha , saya tak dapat nak jawab. Setiap individu adalah berlainan. Bagi saya sains dan keilmuan agama adalah fakta yang sering kita gunakan sehingga kini, tapi mana satu yang betul?. Ingat, "kita tidak boleh selalu belajar melalui bukti. Kita harus belajar dari punca". **korang ada perasan tak, apabila sains mengkaji sesuatu keajaiban Allah, sure jawapan nya mengarut, betul?.   


Saya cuma ingin menceritakan apa yang saya lalui dan apa yang saya tahu. Tak salah kan. Tolong jangan abaikan ini, ambil sedikit keperihatinan anda. Assalamualaikum.