Suatu
hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat”.Setelah mendengar perkataan
tersebut Ibrahim berkata, “Jika
kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu
melakukan maksiat.”
Lelaki
itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah
syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin
Adham berkata, “Syarat
pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar
itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari
mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!”
tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau
kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang
kedua,” kata
Ibrahim, “Kalau
mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”
Syarat
ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim
kembali berkata kepadanya, “Wahai
Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di
bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya!
Anda benar.” kata
lelaki itu.
Dia
kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu
bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”
Lelaki
itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai
Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
Lelaki
itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku
masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian
lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin
malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai
Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan
mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari
kemurkaan Allah?”
“Baiklah,
apa syarat yang kelima?”
Ibrahim
pun menjawab, “Wahai
Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti,
jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan
tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti
malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia
tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akubertaubat kepada Allah.” Katanya sambil terisak-isak.
No comments:
Post a Comment